Failed !!!

by - April 30, 2014


 
FAILED? Yes! I'm failed. Failed to protect my heart. Failed to not fall in love again. 
LOVE? Yes! Love. Love the way he treat me. Love the way he care. 
CARE? That's the reason why I fall for him. Just one word and I stunned.
 
Dulu, masa jejak kaki kat UTP, aku dah janji dengan diri aku. NEVER EVER FALL IN LOVE AGAIN. NO BOYFRIEND JUST CRUSH! Bahahahaha. Crush je. Biasa la pompuan kan. Kalau takda crush, rasa tak best ja nak mengusha. Tapi aku bukan jenis minat orang ramai-ramai. Aku hanya ada crush seorang ja dalam satu masa. Once aku dah ada crush lain, crush lama terus lupa. Tak pernah terlintas langsung nak berkapel-kapel ni. 
Aku dengan dia rajin berchatting. Dia la start dulu. Aku layan je la. Lagipon, dia tanya pasal benda-benda berkaitan kelas *kami satu tutorial BI dan satu group drama*. Lama-lama tu, aku rasa selesa dengan dia. Takda ayat-ayat macam nak attract attention aku pon. Cewah. Sembang macam aku ni lawa. Bahahahaha. Tapi, ye la. Kami sembang macam dah kawan lama. Padahal, aku tak pernah tau pon dia wujud dalam kelas tuto kami tu. Bahahaha. *ampun weyh*
Habis ja projek drama kami, yeah! He's my crush! MY NEW CRUSH! We still chatting as usual. No lovey dovey words but once he said "ye lah. Hang comel. Gangster yang comel" and I feel like "dude! He called me CUTE! OMAGAD! OMAGAD!" *maaf atas ke'over'an aku di situ* 
Satu scene yang aku langsung tak boleh lupa, waktu tu hujan. Time tu pulak, baru habis lecture BI. Last lecture. Keluaq saja dari lecture hall, oh damn! Hujan. Selalu hujan time aku tak bawak payung. *astagfirullahal'azim. Rahmat Allah, tak baik merungut* Hahahaha. Dah la dari lecture hall ke V5 tu jauh. Jalan yang kami selalu tu pulak takda bumbung. So, kami tukaq jalan. Pi lalu kat Chancelor Hall , pocket D. Time tu, kebetulan dia online. Aku yang memang sedia online, chatting je la. Dia yang teguq! Hahaha. Ekceli, sambung conversation. Hahaha. Aku cakap ah aku tengah redah hujan and suruh dia hantaq payung. Serius aku main-main ja time tu. Aku tak sangka reaction dia. Siap tanya aku kat mana. Wah. Sweet. Hahahaha. Tak pernah-pernah mana-mana kawan lelaki aku offer macam tu. Aku taktau la dia tu melawak ka apa but seriously he moved my heart. Kawan-kawan aku perasan la yang aku dok tersengih-sengih menghadap phone. Tau ah tu aku tengah dok buat apa. Depa tau aku minat dia. 
Satu scene yang buat dia nampak really gentleman, bila aku dengan budak-budak drama keluaq tengok midnight movie. Kereta apa ntah. Kami keluaq 7 orang + sorang driver. Gila memang gila sebab kereta tu seat dia 6 orang la maximum. Tu pon jenuh berimpit. Lagi 2 orang dok BONET. Hahaha. Serius lawak. Time nak lepas pak guard tu , muka memang habis suci la. Dek kerana sifat baik hati kawan-kawan aku, depa paksa dia dok tepi aku. Mula-mula tu aku bagi je la sebab dah memang packed dalam bonet. 2 orang ja boleh lepas. Aku ingatkan orang lain, rupanya depa suruh dia. Ah sudah! Gila malu aku malam tu. Bila time si driver tu kona, memang bergerak la kan sekali dengan penumpang-penumpang dia. Time kona kiri tu, aku tak dapat kontrol badan aku la , terimpit jugak ke kiri. Kiri aku ada dia. So , faham-faham la ye. And he said "sorry" dan masa tu, muka aku rasa panas. Aku yang himpit dia, awat dia yang mintak sorry? Kat situ, aku nampak sisi baik dia. 
More and more, kami ber'whatsapp'ing, aku melawak ja dan tetiba dia mengaku and I was like SERIOUSLY?! Till now, I just want to know, WHAT AM I TO YOU ?

You May Also Like

4 comments