• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

   
Hai! Hai! Hai! Lama gila tak update jadi macam ni la. Maaf la lambat sangat update walaupun aku taktau berapa trilion orang yang baca blog ni. Ohohoho. 

Pejam celik makan tidoq , habeh dah SPM. Ulang taip. HABEH SPM! Macam tak caya ja. *iyo la tu*
Dah besaq dah aku ni rupanya. Rasa macam baru lagi aku jejak kaki kat SMKI. I'll miss memories back then. Form 1, Form 2, Form 3, Form 4 dan Form 5. Banyak kenangan pahit manis yang mematangkan aku *walaupon perangai aku still macam bebudak* 

Dah nak dekat seminggu SPM habes. Serius boring. Taktau nak buat apa. Ambek lesen. Mama ngan abah sibuk lagi. Tak boleh nak mendaftar lagi. Haish. Lagi lambat la nak kerja. Kerja? Ya la. Boleh cari duit. Duit yang aku ni dah sikit kot. Gila beli novel sangat. Dah tu, pi enjoy ngan Iqah dan Farah lak. *garu kepala* Nak mintak kat pak aku, satgi dia takmau sponsor duit shopping aku kat Sabah lak. Hadoih. Sabor jo la. Ingat nak keluaq lagi tapi DUIT TAKDA! DUIT TAKDA! DUIT TAKDA! 

Lama tak sentuh blog macam nila jadi dia. Takda idea nak tulih. Blur. Daaaaaaa!
December 05, 2013 No comments
 

KECOH! HANGAT! PANAS! GOSIP! Hahaha. Benda ni jadi kat sekolah aku. JUNIOR KUAJAQ. Aku tau lama dah benda ni. Cuma tak sangka akan jadi seserius ni. Depa dok main perang kat twitter. Dua hari lepas. Aku tergerak hati la jugak nak bukak tapi last sekali rasa macam MALAS LA. Bukan ada apa pon. Malas nak men'tweet' time tu. Esok tu, Aimi mai gosip kata budak form 4 ngan form 5 perang kat twitter malam tu. Adoyai! Terlepas detik-detik indah tu. 

Punca depa gaduh, aku tak pasti tapi ramai yang kata form 4 kuajaq tahun ni. Tak hormat senior langsung. Pijak kepala senior dengan bersungguh-sungguh. Belagak stai. Perasan bagus.

Tak nafi, aku pon rasa depa macam tu jugak. Tengok la macam hari ni. Hari ni, ada jamuan tahunan KADET POLIS yang dihandle oleh bebudak form 4. Hampir kesemua budak form 5 tak join rasanya. Ya la. Tak dijemput langsung. Tau pasai tu pon last minute. So, takyah pi kot. CIKGU tu bukan suka kami-kami yang form 5 ni. Kenapa? Entah. Dari form 2, aku dan seisi warga kelas 2A1 pakat-pakat tak suka CIKGU tu terutama lepas dia beranak. MEROYAN kot. Lepas ja dia beranak, dia suka dok buat hal. Naik form 4, dapat lak dia jadi CIKGU kami. WHAT??!! Dah la dalam kelas tu, kebanyakannya budak A1 tambah-tambah budak pompuan. Naseb la. 

Back to the pokok, CIKGU tu sayang sungguh kat bebudak form 4 so ADA AKU KESAH?! 
Masa MERDEKA RAYA kat sekolah pon. Kan aku, Iqah, Farah dengan Sin dok syok tangkap gambaq kat taman belakang pejabat tu. Tiba-tiba, sekelompok bebudak form 4 belagak bagus mai and dok kat meja yg ada tu. Kami pon buat bodo la and sambung balik acara modelling yang tertangguh tadi. Iqah kata, dia terdengaq budak-budak tu ada kata "Weyh! bawak keluaq kamera kita kaih". *lebih kurang la* DSLR maybe. Hok aloh! Setakat DSLR takyah dok tayang la. Aku pon ada. Aku dah berpuluh-puluh kali pegang. Mentang-mentang la kami tangkap gambaq masa tu cuma pakai kamera digital Sin dengan kamera polaroid Iqah ja. Ceh! Tambah pula, kat situ ada budak yang aku tak berapa berkenan perangai dia yang KONTROL AYU GILA NAK MATI SEPANJANG MASA. Aku? Mana ada kontrol ayu. Aku cuma gelabah macam cacing yang dok mengeliat sebab dok tengah panas sebab aku panic bila jumpa THE BOY I LOVED. Time tu ja ok. Time lain, akulah aku. MUAHAHAHAHA! Opss!! Hikhikhik *gelak gedik sudah*

Dulu-dulu, tak pernah ada pon kes gaduh-gaduh macam ni. Selalunya junior akan hormat @ be friend @ cakap elok-elok dengan senior. Tapi tu la. Zaman dah berubah. Budak-budak zaman sekarang kan kaya-kaya, cantik-cantik. So, biaq pi la kat depa. Hangpa tunggu la time hangpa pulak. 
BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT.
  p/s : bukan semua junior macam tu
September 13, 2013 No comments

Almost 3 weeks, TRIAL SPM 2013 bermaharajalela dalam hidup setiap warga Form 5 SMK Ibrahim. Trial beb! Trial seyh! Lepas trial, of course SPM. Gila! Rasa macam baru semalam aku belajaq naik gerek. Hohoho. 

Sepanjang trial ni, aku tak pikiaq pasai apa pon. Aku cuma pikiaq soalan-soalan spot a.k.a soalan bocoq. Soalan bocoq u mai dari mana? haish. Of course dari sumber-sumber yang tak berapa nak boleh percaya tapi kena percaya jugak. 

Dengan adanya soalan-soalan bocoq ni, aku dapat observed 1 perkara. 

Sebahagian budak-budak Cina, India dan Melayu HAPAI jawapan yang depa dapat! 

WHAT?! Gila sanggup! Aku just tengok-tengok ja soalan-soalan bocoq tu. Takdala sampai nak menghapai.

Geram pulak bila tengok Akim buat muka kiut macam tu! Kiut sangat-sangat!
Ekceli, hari khamis ni baru trial habeh. Last paper is SEJARAH PAPER 1. Ala. Relek la dulu. Paper 1 je pon. *sembang macam dpt A =_=''* Lagipon esok takda paper. Ada paper untuk bebudak yang amek subjek seni ja. Bahagianya hidup. Tapi, cikgu Suzalina a.k.a cikgu bio aku a.k.a guru penyelaras tingkatan 5 dah pesan : ESOK MAI! Huh! Memang tak lah! Nak mai sekolah buat apa? Melangut saja? Baik dok umah, tengok tv @ main game @ download movie. Opss!!! Dak aih! Aku dok umah esok untuk study. Hohoho. *tepapar nur penipu di situ*

p/s : aku dapat rasakan yang INCIK PENGETUA a.k.a abg Nash a.k.a Pak Din akan marah. Oh please! Dia ni la! Mencabar mulut aku untuk bercakap yang tidak-tidak ja pasai dia. Haish! Dah la buat lawak T yang aku rasa aku sorang ja yang paham.

Aku suka gila nak mati cerita ni. Baik novel @ drama. Dua-dua aku suka!



 
September 03, 2013 No comments
 
Sejak akhir-akhir ini, atau lebih tepat lagi dalam seminggu dua ni, kecoh pasal Ashraf Muslim kahwin lain. Diulang KAHWIN LAIN!!!

Ni haa orang dia. Segak kan?
FYI hangpa-hangpa suma yang aku taktau ada ka tidak yang baca blog ni =,='' aku memang MINAT GILER kat mamat ni. Kenapa? Sebab dia hensem kot. Normallah kalau pompuan suka tengok laki hensem-hensem kan? Aku minat dia masa hujung tahun 2008 iaitu pada usia aku 12 tahun cukup bulan. 

Naik Form 1, aku tak dapat mana-mana tawaran pi mana-mana SBP pon. 

Weyh! Frust kot. Aku rasa macam WHAT??!! Sebab selama ni aku memang dok mimpi-mimpi nak duduk kat asrama sejak aku menjejakkan kaki ke 1 program-apa-ntah-aku-tak-ingat. Kem Anak Soleh kot tak silap aku. Mama dengan abah bertungkus-lumus menghantar aku ke situ pada cuti bulan mac sebagai salah satu ikhtiar menghilangkan KEPALA-BATU-TAK-MAKAN-SAMAN aku ni. Hehehe. Jangan terkejut. Aku memang KETEGAQ. Dulu la. Sekarang kepala tu dah lembut sikit. Sebab aku dah besaq kot? Almaklumlah dah matang. 

*Matang apa dok layan power rangers, ultraman, spongebob, jimmy neutron, hey arnold suma tu?*

*Hesy. Diamlah!* 

Abaikan monolog di atas. Back to the story, aku dapat tawaran masuk SMK Ibrahim. Ibrahim ni ada asrama. Oleh sebab aku dah tersangap-sangap nak dok asrama, abah hantaq aku masuk asrama Ibrahim ni. Tapi tak lama. Orang dok kata yang aku ni manja. Tak boleh jauh-jauh dengan mama ngan abah. Ewah! Tolong sikit. Macam ni la manusia. Hanya tau cakap pot pet tanpa tau sebab musababnya. Aku keluaq asrama sebab aku tak enjoy sangat dok sana. Aku kawan dengan semua orang tapi aku takda BFF pon kat sana. Mungkin aku masih kecik masa tu. Tak berapa nak pandai berkawan sangat. Lagipun, result aku masyaallah! 

Back to the real story, pantang aku nampak muka Ashraf Muslim kat majalah, mesti aku terjerit-jerit macam orang gila pastu tenung muka mamat tu lama-lama. 

*Malu pula bila ingat perangai lama ni.*

Masa tu, kan Ashraf Muslim couple dengan Sherry Ibrahim. Ala. Yang berlakon dalam cerita Teduhan Kasih tu.

Aku rasa macam ARGHH!!! Sherry Ibrahim tu seksi kot. Pilih elok-elok sikit pa!
Bila dengaq kata depa putuih, ALHAMDULILLAH. Ni pemikiran zaman kicik-kicik dulu ok!

Waktu kian berlalu. Ada lagi ramai laki yang aku minat. Tapi Ashraf Muslim ni kira yang pertama la jugak. Sampai tahun bila ntah, dia kahwin. WHAT?! KAHWIN?!

 

Takpalah. Aku redha. Sebab perempuan tu pon nampak baik ja. Aku doakan kebahagiaan depa dari jauh.

Tup-tup, dengaq cerita Ashraf Muslim KAHWIN LAIN?!

 

Apa ni? Hanya Allah yang tahu betapa frustnya aku. Dahla masa tu time sejarah. Teruih takda mood. Siot tol. Iqah pulak dok komen pasal kes Ashraf Muslim kahwin lain tu. Aku yang dok tepi dia of course aku dengaq apa dia cakap, aku rasa macam WOI!! DIAMLAH!!! Aku sabaq ja. Mujurlah aku ni spesis penyabaq sikit. Tapi kadang-kadang bila setan mai beraja di hati, terlepaih la jugak rasa marah tu. 

Sekarang ni, aku taknak komen apa-apa pasal yang mamat tu kahwin lagi. Tu rumah tangga dia. Lantak dia. Yang aku tau, aku FRUST!!!









July 27, 2013 No comments
 

Bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Dalam bulan suci ni, jom kita sama-sama buat pahala banyak-banyak. 

Masa ni lah, pintu neraka ditutup dan pintu syurga di buka. 

Masa ni jugalah kita nak kumpul pahala banyak-banyak sebab dalam bulan puasa ni, pintu kemaafan dibuka luas-luas dan kita akan dapat ganjaran pahala berganda-ganda banyaknya. 

Masa ni jugaklah kita nak KEMPISKAN PERUT! Hahaha.


Kerenah kami sebelum puasa XD



July 10, 2013 No comments
 

Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ini kenyataan. 

Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Memanglah zaman sekarang ni, rambut orang dah ada macam-macam kaler. Sebut ja kaler apa. Merah, oren, kuning, biru, hijau ? Bak kata pak cik astro, macam-macam ada. Tapi, warna asli dia hitam kan? 

Rambut sama hitam, hati lain-lain. 

Walaupun rambut sama kaler, tapi belum tentu perangai dia sama. Kita mungkin tahu apa yang tersurat, yang jelas terpamer pada wajah tapi yang tahu apa yang tersirat, yang terkandung dalam isi hati seseorang itu hanyalah Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin dia jujur dengan kita atau mungkin dia hanya berpura-pura dengan kita. Siapa tahu? 

Tersebutlah satu kisah, dua orang ini mengadu lapar. Namun begitu, salah seorang daripada mereka terus terusan merengek lapar dan lapar dan lapar dahn meminta makanan kepada A sejurus ternampak kelibat A. Kawannya si A tertanya-tanya tiada makanankah di rumah mereka. Namun pertanyaan itu hanya bergema dalam hati dan menggeleng kepala kepada yang bertanya itu. 

Tiba-tiba mereka mendapat makanan berupa roti daripada seorang lagi kawan. N namanya. Aku yang melihat hanya tengok mereka makan. Manusia yang merengek-rengek kelaparan tadi terus melahap makanan yang ada di depan mata bersama-sama rakannya yang juga lapar tapi lagaknya seperti malu-malu. Apabila tuan pumya makanan itu kata "perabih la" , manusia yang merengek-rengek itu dengan rakusnya menghabiskan makanan itu. 

Aku tertanya-tanya.

Anak orang kaya memang takda duit dan masa nak beli roti yang tak sampai singgit tu kah?


May 16, 2013 No comments
Tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala, lebih tepat lagi pada sekitar tahun 2004. 

Masa tu, aku baru darjah 2. Aku pindah dari SK Merbau Pulas ke SK Amanjaya. Sekolah ni sekolah kampung sikit. Lembu tepi jalan, tanah merah melekat kasut antara kenangan aku kat sekolah tu. Sekolah ni ada 1 kelas ja untuk setiap darjah. Kat tepi kelas sebelah kanan (tak silap aku), bahagian padang. Depan sekolah la tu. Kat sebelah kiri lak, ada taman. 

Kat taman tu, ada rumput. Bila ada rumput, mestilah ada BELALANG. Aku dan kawan-kawan selalu merajinkan diri menangkap belalang2 kat situ. Konon nak bela belalang tu. Aku pon simpan dalam kotak pensel. Punya la usaha takmau bukak kotak pensel semata-mata takmau belalang tu lari. Bila balik rumah, aku terus lupa pasal belalang tu. Esoknya, dah komfem2 la belalang tu dah meninggalkan dunia yang fana ini. Sedih sat. Waktu rehat, pi tangkap lagi. Hahahaha. Masa dok seronok tangkap belalang tu, ada sapa ntah mai bagi nasihat.

Weyh! Hangpa seksa dia (belalang)! Tengokla! Nanti kat akhirat, dia balas balik apa yang hangpa buat kat dia!

Kat taman tu jugak, ada kolam. Dalam kolam, takda ikan tapi ada banyak berudu. Berapa kali dah aku tangkap berudu2 kat situ. Seriuosly, seronok bila depa (berudu) dok gedik2 kat tangan aku. Rasa comel gila! 

p/s : mak aku cikgu kat sekolah tu. Agak-agak mak aku tau tak aktiviti aku yang satu ni? 




April 11, 2013 No comments
 
Seminggu dua ni aku asyik sakit-sakit ja. Hari tu demam. Pastu, selesema ngan batuk. Pastu demam balik. Pastu migrain. Haish. Sakit! Sakit! Sakit!

Mama pulak dok "menyanyi" kat aku. 

Tahun ni SPM. Jagalah kesihatan tu sikit.Asyik ponteng sekolah ja. Pastu keja tidoq. 

Nak buat macam mana. Antibodi aku dari kecik sampai ke besaq tetap lemah. Senang sangat kena penyakit.

Bak kata abah "Lembik".

p/s : Harap-harap aku tak sakit masa percubaan ngn SPM nanti. #Sigh




April 05, 2013 No comments
 
Alhamdulillah. Dapat jugak mengatasi sifat malas membuka blog yang wujud secara tiba-tiba. Ermm. Nak update pasai apa? Hadoih. Ke'blur'an sebentar di depan netbook. 

Ok! Cerita pasai exam hari tu. Weh! Dasyat gila result aku. Kalau OK, OK gila2. Kalau KO, KO gila2. Hahaha. Frust la jugak sebab 1st time BM aku tak lepaih. Oh Man! Rasa nak teriak guling-guling ja kat situ.  



Minggu lepas jugak, keputusan STPM & SPM diumumkan. STPM aku takmo citar. Sebab? Saja. Aku taktau sangat pasal STPM punya result. Yang aku tau, dapat 100% lulus. 

Abang aku? Erm. Ntah. Dia taknak bagitau. Lantak pi kat dia. Aku bebai nih. Berapa hari ntah dia wat derk ngan aku. Serius sampai hati dia. Nasib baik hari jumaat, lebih tepat lagi lepas sembahyang jumaat, dia respond. Happy tak terkata dah aku time tu. 

SPM. 100% jugak. Seramai 46 orang (tak silap aku la) dapat straight A and 6 orang dapat straight A+. Pergh. Gila gempak.
Insyaallah aku pon nak dapat macam depa jugak ^_^
Keja sekolah? Mak aiii. Belunggok kot. Malas gila nak buat. Walau bagaimanapun, aku masih tabahkan hati kuatkan tenaga mengerah otak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi.

Rajinkan aku? Hohoho.
Ok! Itu ja kisah aku yang tak berapa menarik pada minggu lepas. Walaupun tak menarik tapi cukup awesome bila dikenang balik.

Zaman muda remaja zaman yang terindah. Zaman di mana aku dapat kawan-kawan yang awesome macam IQAH, FARAH, SINDHU, KAMALEEN, AIMI dan DALIA. Tak lupa NAJWA jugak.

AKU SAYANG HANGPA WEH!!! 
p/s : Kami buddyz. Kami takkan terpisah. (sikit2 tu adalah)






March 26, 2013 No comments
 
Pada hari Khamis hari tu, tiada peperiksaan dijalankan memandangkan budak2 ramai pi wakil sekolah dalam acara sukan yang wujud di muka bumi ini. Maka, ujian ditunda pada hari Ahad iaitu pada minggu depan. 

Aku tak terlibat dalam apa2 acara datang sekolah macam biasa. Malangnya, cikgu tak masuk. LOL! 

Surachai main jet kertas dalam kelas. =_="

Amirul dok lukis bas ngan dok menghafal no. plat bas seolah-olah nombor2 tersebut masuk dalam ujian. =_=" 

Aku & Iqah yang boring pergi keluar menghirup udara segar di luar kelas. Kami sempat pi sembang dengan 
cikgu Shuhaida. Pastu pi cari kad UNO tapi tak jumpa. Lalu membuat keputusan pergi ke bilik persalinan untuk menghabiskan waktu yang ada. Dari awal sampai tamat waktu sekolah. Kelas kau jah! 

Ponteng kelas BM pulak tu. Ish2. Bagus sungguh cikgu ni. Walaupun sikit orang yang hadir, dia tetap mengajar seperti biasa. SAYA TABIK SPRING KAT CIKGU! 

p/s : get ready nak kena marah dengan cikgu BM sebab ponteng kelas dia. =_="



March 09, 2013 No comments
 
Tanggal 2 Mac 2013, merentas desa diadakan. Tahun lepas takda. Alaaa… Kalau tak, boleh lari dengan Taylor Lautner CELOP. Hohoho. Penat? Gila tak penat. Tak penah exercise, tiba2 dah kena lari 4 km. 

Masa cikgu tengah bagi taklimat (kot) kat depan. Aku dan kawan2 apa lagi~~~




Aku dan Farah hampir jadi PEREMPUAN SENIOR PALING LAST!  OMG! Hahaha. Serius kalau ingat balik memang lawak. Kenangan merentas desa yang terakhir masa sekolah menengah ni. 

Tersebutlah kisah, waktu rehat. Kami pon pi makan. Apabila lower form + upper form rehat sekali, maka gejala berebut nasi sambil makin menjadi-jadi. Aku dengan rasa macam dah tak boleh mask dah, mintak tolong Iqah beli nasi kat aku sekali. Berjanggut jugak la tunggu. Hohoho. Takda la sampai berjanggut. Nanti orang kata aku perempuan bukan tulen pulak. 

Aku pon tunggu di belakang kat tepi dinding. (Nak habaq pon tak reti. Pandai-pandai la hangpa bayang noh.) Aku sedap tercongok kat situ. Tetiba budak aku kira lower form kot maid ok tepi aku. Tunggu kawan dia beli makan jugak la kot. Pastu dia ajak geng dia lagi mai dok tepi dia. Makin lama makin ramai (3 orang ja) pastu tolak aku menyempit ke dinding.

“apa dia budak2 ni? Tak reti respek orang ka? Tak nampak ka aku yang kiut miut dok berdiri tepi depa ni?”

Pastu, boleh dok menyembang macam aku tak wujud kat situ. Sesekali, depa kalih la jugak kat aku. Aku buat muka tak puas hati + angkat kening = nak cari gaduh ka? Depa buat bodoh ja. 

Ini hanya perasaan aku saja ka atau memang budak2 zaman sekarang dok perasan hot + stai = KURANG AJAQ? Mentang-mentang la saiz aku kecik , depa bajet aku form 1 kot. Ceh. PI MATI LA!!!

p/s : Jangan riak dengan kelebihan diri.


streching paling stai....

March 09, 2013 No comments
 
Tersebutlah kisah dalam minggu ini, yang merupakan minggu ujian (OH DAMN!), pada pagi yang hening & sejuk, exam 1st sekali adalah PHYSIC! 

Physic dikhabarkan masuk bab HEAT, LIGHT & Wave.
Ok! Bab Wave boleh tahan lagi sebab baru ja belajaq tapi bila masuk bab Heat & Light..errr…blurr jap. Apa boleh buat. 2 tajuk ni hadir tatkala aku tingkatan 4 di mana gejala ponteng kelaskerap berleluasa dalam kalangan pelajar kelas aku terutamanya waktu PHYSIC yang diajar oleh yang tinggi lagi bermisai & berjanggut. Siapa lagi kalau bukan EN ZAFRULLAH KHAN. Cikgu yang sangat poyo & belagak membuatkan para pelajar sangat tidak menyenangi kelas beliau. 



Ok. Bebalik kepada kes tadi, sesungguhnya aku tidak memahami & menguasai tajuk2 tersebut. Maka, aku fed-up nak study last minute pada pagi itu.

Seperti biasa, tiba saja waktu perhimpunan datanglah pengawas a.k.a pengganas terkedek-kedek mai tutup lampu. Kebanyakan bawak buku kecik (buku nota kecik yg ada dlm buku rujukan tu). 

Aku? Lenggang kangkung je la. Aku keluar dari kelas membawa diriku yang kecik comel molek menuju ke tapak perhimpunan kecik di tepi dewan Syed Jan. 

Tetiba, BUDAK STAI yang juga menuju ke destinasi yang sama, menegur aku.

“weh, hang tak bawa buku ka?”

“dak!”

“owh. Orang terer.”

“owh..kalau orang tak pegang buku, kira terer la…”

Orang terer. Hmm. Sakit hati?  Mesti la sakit. Siapa dia nak kata macam tu kat aku! Lantak la aku nak baca buku ke tak pagi tu. Aku dah baca siap2 kat umah kot. Aku tau ayat dia tu ayat perli. Aku hanya mempunyai tahap kebijaksanaan yg sederhana sahaja. 

Kenapa aku panggil dia BUDAK STAI? 

Sejak dia kata “tamau ayat dalam BM. BM tak stai.”

p/s : Macam la BI dia PERFECT gila2. 

March 08, 2013 No comments
 
Tersebutlah kisah sabtu yang lepas, aku, iqah, farah, dan sindusha join rombongan sekolah pegi KARNIVAL JOM MASU U.
budak-budak tak cukup matang XD



Best? Ok la. Kira kami pi sana, dok PULUN amek FREE GIFT yang pihak U bagi ja. Hahaha. Belon pon ambik tapi tinggal tepi jalan sebab rimas nak masuk KFC. Dah la tangan tu penuh dengan beg-beg yang penuh dengan brosur.

makcik farah dan auntie sindu


makcik iqah dan adik mira!!! hahaha
kacau aku nak makan ja
masa tangkap gambar ni, aku sorang ja tak habeh makan lagi =_=''

alhamdulillah. habis jugak dua ketul ayam aku.

makcik iqah, makcik farah dan adik mira. (aku paling muda)

Nak dijadikan sejarah, aku makan paling lambat. LOL. Aku makan roti dia dulu, pastu baru perabih ayam and lastly wedges. I'm so FULL!!!

p/s : Duduk bertapa dalam KFC tu dekat 2 jam. Bagus punya perangai anak-anak dara ni. XD
February 23, 2013 No comments
 
My fellow friends. As you see the title up there, i would like to share something with you guys out there about what do i know about HEART. Well, as we all know heart is an organ that acts as a pump which drives blood into and through the arteries to the whole parts of the body.

structure of heart


Wait? Just what am i talking about? Ok2. Kebetulan aku baru habis study BIOLOGY. Study bab heart ni la.

"Pulun!"

"Lantak la! Aku nak amek SPM. Aku nak jadi pandai. Aku nak dapat straight A. Of course kena pulun wahai saudara-saudaraku sekalian."

Kedengaran agak kasar jawapan tu tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Biarlah orang nak kata apa pun kat kita asalkan we are happy with who we are and what have we done for now!

Berbalik pada topik asal. Ekceli, aku tak tau pasai pa dok speaking-speaking in the evening nih. Well, mood baru habeh study, macam tu la jadiknye. Hati. Semua orang ada hati tapi lain orang lain hati. Ada yang hati sensitip dan ada yang hati kering. Kawan-kawan aku pon macam-macam hati ada. Aku? Tengok mood. Kadang-kadang hati aku kering, kadang-kadang hati aku sensitip.

Kita dah tau hati orang tu lain-lain. So, sepatutnya kita kena pandai jaga hati orang. Jangan buat sesuatu tu sesuka hati. Jangan ingat semua orang sependapat dengan kita. Jangan anggap kita hebat sangat-sangat sampai sesuka hati kritik hasil kerja orang. Kalau nak kritik orang pon, kritik la secara face-to-face.


Sejak aku naik sekolah menengah ni, macam-macam ragam manusia aku dah tengok. Well, aku memang ada perangai suka usha orang dari kecik lagi. Orang akan nampak aku macam buat donno a.k.a buat derk. Hahaha. HANGPA TERTIPU! Aku sebenaqnya dok perhati prangai hangpa sorang-sorang. Aku akan nilai orang ni jenis mana, spesis mana. (tudia keluaq kedah dia) Lepas tu, senang la aku nak communicate dengan hangpa tanpa masalah. Tapi, ye la. Manusia. Tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Kata-kata dan perbuatan aku ada kalanya membuat kawan-kawan aku terasa.

Ok! Dengar sini!

"AKU MINTAK MAAF KALAU-KALAU AKU ADA TERKASAR BAHASA @ PERBUATAN YG MENGGURIS HATI HANGPA-HANGPA YANG MENGENALI DIRI AKU!!!"

p/s : enjoy the song!!!
 
February 09, 2013 No comments

Post kali ni bukan sebab makanan ok! Cuma nak kongsi tabiat makan kawan2 aku termasuk aku. Ada yg suka makan lambat2 (aku la tu), ada yg tak suka share makanan, ada yg suka suap-menyuap dan ada yg malas nak keluar duit sendiri p beli dan hanya mengepau makanan orang lain. Bukan dalam jumlah yg sedikit ye para pembaca! Kalau boleh dia nak bagi kenyang perut dia teruih. Wow! Ini memang kategori tak tahu malu. Dengan orang yg dia tak berapa rapat pon dia pau jugak. Dah tu, bila dah habis makan makanan dia, dia tunggu orang habis makan. Bila orang tu bangun nak pi letak pinggan, dengan kelajuan cahaya meletakkan plastik yg dia makan ke dalam pinggan orang tu dan dengan selambanya berkata "p buang sat". Ewah! Ewah! Ewah! Dah la pau makanan orang, suruh orang pi buang pulak tu. Maka dengan ini aku mengisytiharkan AKU AKAN CONTROL MAKANAN AKU DARIPADA DIPAU OLEHNYA DALAM JUMLAH YG BANYAK (sikit2 boleh la) DAN AKU TAKKAN JADI KULI BATAK DIA. Bukan berkira, tapi mana boleh senang-senang biar orang pijak kepala kita. Ambil kesempatan atas kebaikan kita. Bak kata pepatah, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!

rindu nasi lemak iqah!

p/s : pau ==> ambil tanpa kebenaran
      
February 01, 2013 No comments


Minggu ni, aku teramatlah emosional. Aku pon tak tau kenapa aku jadi macam tu. Tak pasal-pasal aku teriak dalam kelas hari isnin hari tu.

 Tiba-tiba ja. Aku pon confuse gak. Tapi nak buat macam mana. Dah rasa nak teriak. Satu sebab aku terasa dengan kawan-kawan aku. Satu lagi, depa pi tanya "awat? Fifi mintak putus ka?". Ceh. Bengong punya soalan. Aku yang sedia sedih teruih teriak. Malu la jugak. Aku yang selalunya tersengih bak kerang harum tiba-tiba karam di tengah lautan selepas rehat. Tapi macam biasa. Aku ni nangeh sat ja. Tak lama. Macam tu jugak kalau aku merajuk. Sat ja. Tak sampai 2 hari. Hari ni bebai, esok aku normal la balik. Hehehe. *Comel kan aku?* 

Pada hari yang sama jugak, aku kena stayback. Latihan rumah sukan dah start. Nak buat macam mana. Tapi, kebetulan hari tu jugak kami (kelas 5A) rancang nak pi melawat mangsa accident patah kaki, Adi. Kebetulan lagi, guru kelas aku, cikgu Shuhaida cikgu rumah raja muda. (rumah sukan aku la tu.) So, ada la can lari daripada latihan rumah sukan. Hohoho. 

Pukul 4, latihan start. Erm. Macam biasa. Kena lari satu padang. Pergh. Mengah kot. Lama tak exercise. Pastu, minggu ni kami dikhabarkan buat latihan lompat jauh dengan lontar peluru. Huh. Lega takyah lari lagi. Pi kat tempat lompat jauh. Aik? Kenapa tak lompat? Owh. Pasir takda. Padang tak siap lagi rupanya. HOREEE!!!! So, kami terus pi ke tempat lontar peluru. Masa tu, budak laki tengah guna. Takpa2. Take time. Hohoho. Masa terus berlalu. Owh! Dah pukul 5 rupanya. Masa yang dijanjikan untuk melawat budak patah kaki. Aku, Aimi dan Najwa pon blah la ikut cikgu. Hohoho. Tak sempat nak buat apa pon. Kami pergi solat dulu sebelum pi melawat. Naik kereta cikgu. Serius aku suka cikgu Shuhaida. SEMPOI GILER!!! Aku suka dengan slogan dia " BE MUSLIMAH IN YOUR WAY". Nanti aku cerita pasal cikgu ni. Berbalik pada cerita tadi, kami pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim diiringi Aqil ngan Aimi yang merempit di hadapan. Hahaha. Yang melambatkan kami ialah masa nak cari parking. Haish. Ramai gila orang yang sakit.Dapat ja tempat parking, kami pon terkedek-kedek jalan belakang cikgu. Sampai ja kat wad dia, kami masuk, salam dengan semua orang (yang mahram ja), sengih, tengok kaki Adi yang auwww. Mesti sakit tu. Dengar cerita, kaki dia masuk besi. Sakit!


Balik, terus tido. Krooh~krooh~krooh~~~

p/s: pikiaq 2 3 kali gak nak rempit kat jalan raya.
January 18, 2013 No comments

Baru ni, kawan aku follow aku dalam twitter (tekan sini kalau nak follow..hehe). Sori. Bukan kawan. Tapi BEKAS KAWAN!!! Kenapa? Sebab aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT sakit HATI dengan dia. Disebabkan dia follow aku, aku terus BLOCK dia. Dalam FB, aku dah UNFRIEND dia. Serius aku marah.

 Meh aku cerita kat hangpa semua...

Tersebutlah satu hari pada tahun 2010. Masa tu aku bergelar budak form 2. Budak-budak sekolah rendah ajak keluar. Reunion la kononnya. Masa tu jugak, aku kapel ngan salah sorang classmate sekolah rendah aku dulu. Tu yang teruja semacam nak pi REUNION tu. Bila dah pi, alahai! Ciputnya orang. Tapi aku tak kisah benda tu semua. Yang penting dapat bertemu kekasih hati tu. Yang merancang REUNION tu minah yang aku BLOCK tu la. Pastu, dia pi habaq kat mak dia yang aku yang rancang REUNION tu. Masa dia habaq kat aku tu, aku tak rasa apa2 la sebab aku ingat ok kot. Depa ajak aku pi tengok wayang segala bagai. Masa tu, aku taktau yang abah aku tak bagi aku tengok wayang. Balik2 rumah ja, terus kena SOUND. Pastu, esok pulak tak habeh lagi SOUND tu. Mak aku bagitau yang mak minah tu pi heboh kat sekolah (mak dia mengajaq kat sekolah yang sama ngan mak aku) yang aku yang rancang buat REUNION and ajak TENGOK WAYANG tu. WHAT THE? Aku speechless teruih. Taktau nak cakap apa. Sedih? Sapa tak sedih kalau dipersalahkan atas benda yang kita tak buat. Masa tu, memang aku menyesal gila ikut cakap kekasih hati aku. Yang kekasih hati aku tu, marah2 macam tu ja. Ceh. Suka hasut aku buat benda jahat. ALHAMDULILLAH AKU DAH PUTUS DENGAN MAMAT TU! Minah tu pulak, tak reti2 nak mintak maaf kat aku. Maybe dia ingat "ala..Mira je pun. Buat nak mintak maaf. Mira bukan marah pun.". Ni meh sini aku nak habaq  "AKU TAKKAN MAAFKAN ORANG SELAGI ORANG TU TAK MINTAK MAAF DENGAN AKU". Dulu, memang aku BODOH sebab ikut je cakap orang. Tapi sekarang, aku ada prinsip aku sendiri. 

p/s : Bila aku marah!!!
tapi takdala sampai nak koyak baju tu semua. ==''




January 05, 2013 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ►  2018 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (18)
    • ▼  December (1)
      • SPM Dah Habis!!!
    • ►  September (2)
      • Senior VS Junior !!!
      • Program Peningkatan Prestasi @ Trial SPM!!!
    • ►  July (2)
      • Po.Li.Ga.Mi???
      • Puasa '13 ! ! !
    • ►  May (1)
      • Rambut Sama Hitam!!!
    • ►  April (2)
      • Belalang!!!
      • Sakit!!!
    • ►  March (4)
      • Cuti!!!
      • Khamis yang Gila!!!
      • Merentas Desa !!!
      • Budak Stai!!!
    • ►  February (3)
      • Karnival Jom Masuk U!!!
      • Jaga Hati!!!
      • Makan!!!
    • ►  January (3)
      • Budak Patah Kaki!!!
      • Kawan Tak Guna!!!
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose