Budak Stai!!!

by - March 08, 2013

 
Tersebutlah kisah dalam minggu ini, yang merupakan minggu ujian (OH DAMN!), pada pagi yang hening & sejuk, exam 1st sekali adalah PHYSIC! 

Physic dikhabarkan masuk bab HEAT, LIGHT & Wave.
Ok! Bab Wave boleh tahan lagi sebab baru ja belajaq tapi bila masuk bab Heat & Light..errr…blurr jap. Apa boleh buat. 2 tajuk ni hadir tatkala aku tingkatan 4 di mana gejala ponteng kelaskerap berleluasa dalam kalangan pelajar kelas aku terutamanya waktu PHYSIC yang diajar oleh yang tinggi lagi bermisai & berjanggut. Siapa lagi kalau bukan EN ZAFRULLAH KHAN. Cikgu yang sangat poyo & belagak membuatkan para pelajar sangat tidak menyenangi kelas beliau. 



Ok. Bebalik kepada kes tadi, sesungguhnya aku tidak memahami & menguasai tajuk2 tersebut. Maka, aku fed-up nak study last minute pada pagi itu.

Seperti biasa, tiba saja waktu perhimpunan datanglah pengawas a.k.a pengganas terkedek-kedek mai tutup lampu. Kebanyakan bawak buku kecik (buku nota kecik yg ada dlm buku rujukan tu). 

Aku? Lenggang kangkung je la. Aku keluar dari kelas membawa diriku yang kecik comel molek menuju ke tapak perhimpunan kecik di tepi dewan Syed Jan. 

Tetiba, BUDAK STAI yang juga menuju ke destinasi yang sama, menegur aku.

“weh, hang tak bawa buku ka?”

“dak!”

“owh. Orang terer.”

“owh..kalau orang tak pegang buku, kira terer la…”

Orang terer. Hmm. Sakit hati?  Mesti la sakit. Siapa dia nak kata macam tu kat aku! Lantak la aku nak baca buku ke tak pagi tu. Aku dah baca siap2 kat umah kot. Aku tau ayat dia tu ayat perli. Aku hanya mempunyai tahap kebijaksanaan yg sederhana sahaja. 

Kenapa aku panggil dia BUDAK STAI? 

Sejak dia kata “tamau ayat dalam BM. BM tak stai.”

p/s : Macam la BI dia PERFECT gila2. 

You May Also Like

0 comments