Budak Patah Kaki!!!
Tiba-tiba ja. Aku pon confuse gak. Tapi nak buat macam mana. Dah rasa nak teriak. Satu sebab aku terasa dengan kawan-kawan aku. Satu lagi, depa pi tanya "awat? Fifi mintak putus ka?". Ceh. Bengong punya soalan. Aku yang sedia sedih teruih teriak. Malu la jugak. Aku yang selalunya tersengih bak kerang harum tiba-tiba karam di tengah lautan selepas rehat. Tapi macam biasa. Aku ni nangeh sat ja. Tak lama. Macam tu jugak kalau aku merajuk. Sat ja. Tak sampai 2 hari. Hari ni bebai, esok aku normal la balik. Hehehe. *Comel kan aku?*
Pada hari yang sama jugak, aku kena stayback. Latihan rumah sukan dah start. Nak buat macam mana. Tapi, kebetulan hari tu jugak kami (kelas 5A) rancang nak pi melawat mangsa accident patah kaki, Adi. Kebetulan lagi, guru kelas aku, cikgu Shuhaida cikgu rumah raja muda. (rumah sukan aku la tu.) So, ada la can lari daripada latihan rumah sukan. Hohoho.
Pukul 4, latihan start. Erm. Macam biasa. Kena lari satu padang. Pergh. Mengah kot. Lama tak exercise. Pastu, minggu ni kami dikhabarkan buat latihan lompat jauh dengan lontar peluru. Huh. Lega takyah lari lagi. Pi kat tempat lompat jauh. Aik? Kenapa tak lompat? Owh. Pasir takda. Padang tak siap lagi rupanya. HOREEE!!!! So, kami terus pi ke tempat lontar peluru. Masa tu, budak laki tengah guna. Takpa2. Take time. Hohoho. Masa terus berlalu. Owh! Dah pukul 5 rupanya. Masa yang dijanjikan untuk melawat budak patah kaki. Aku, Aimi dan Najwa pon blah la ikut cikgu. Hohoho. Tak sempat nak buat apa pon. Kami pergi solat dulu sebelum pi melawat. Naik kereta cikgu. Serius aku suka cikgu Shuhaida. SEMPOI GILER!!! Aku suka dengan slogan dia " BE MUSLIMAH IN YOUR WAY". Nanti aku cerita pasal cikgu ni. Berbalik pada cerita tadi, kami pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim diiringi Aqil ngan Aimi yang merempit di hadapan. Hahaha. Yang melambatkan kami ialah masa nak cari parking. Haish. Ramai gila orang yang sakit.Dapat ja tempat parking, kami pon terkedek-kedek jalan belakang cikgu. Sampai ja kat wad dia, kami masuk, salam dengan semua orang (yang mahram ja), sengih, tengok kaki Adi yang auwww. Mesti sakit tu. Dengar cerita, kaki dia masuk besi. Sakit!
Balik, terus tido. Krooh~krooh~krooh~~~
p/s: pikiaq 2 3 kali gak nak rempit kat jalan raya.
Balik, terus tido. Krooh~krooh~krooh~~~
p/s: pikiaq 2 3 kali gak nak rempit kat jalan raya.
0 comments