• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

 

Mat Luthfi. Anuar Hadi. Maria Elena.

Antara vlogger yang aku kenai and selalu follow-up depa punya video la. Antara la. Ada banyak lagi yang tu je la yang aku wajib tengok dulu. 

Dan yang terbaru., AmanWan. Aku follow dia punya vlog ermmm rasanya tahun leps kot. Hujung bulan Disember. He is a 'comic'man! I mean pelukis komik. Bahahahaha. Tapi dia sendiri mengaku yang dia tu gila buku. Sangat suka baca buku.
 

Dia ni kalau tengok betol-betol, ada rupa Aaron Aziz versi gebu. Bahahaha.
 

Serius sengal vlog dia. Hahaha. Tapi di sebalik lawak-lawak sengal dia tu, ada tersirat nasihat-nasihat, pesanan-pesanan penaja daripada dia. dan sometimes, situation yang dia lakonkan balik tu buatkan aku rasa macam "eh? betol jugak eh". 
Sapa kata jadi pelukis komik tak berjaya. Aku tengok life dia sangat enjoy. Hahaha. Wish to be like that. 

Bila nak kerja nanti, pilih kerja yang betol-betol kita minat. Then, we'll enjoy to the end. Awal-awal, maybe rasa susah tapi bila dah lama, dah dapat cope dengan masalah kerja, In Shaa Allah. *cewahh. cakap serupa aku dah kerja*

Sama ja la macam nak masuk U. Nak pilih course sebelum masuk U tu. Orang kata pilih course yang akan jamin masa depan, yang senang nak dapat kerja. Aku taktau la sejauh mana keberkesanan idea tu tapi rezeki Allah ada kat mana-mana saja. Asalkan ada usaha, In Shaa Allah Allah permudahkan segalanya. Janji Allah itu pasti. 

p/s : Muka Aaron Aziz + Badan Afdlin Shauki + Suara Pierre Andre = AmanWan
April 29, 2014 No comments
 
[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist
April 26, 2014 No comments

 
Boring siot! Dok rumah. Tak buat apa. Memerap ja. Ergh! Stress! Nak keluaq, hai, sapa la yang sudi menghantar. Ayahanda dan bonda pi sekolah, mengajaq. Haish. 
Memang memerap la aku kat rumah. Harap ja ada lesen motor, tapi tak berani nak bawak atas jalan. 
Keja aku hari-hari , kemas rumah, basuh baju, mengadap laptop, bukak facebook, bukak twitter, blogwalking merata dan hari ni aktiviti aku : DOWNLOAD ANIME. 
Ternampak blog Ila, housemate aku dekat facebook. Baca, baca, baca dan baca. 
Bukak pulak blog Anis Lalora, housemate aku jugak. Baca, baca, baca dan baca. 
Bukak pulak blog Nanad, coursemate aku. Ok, dia tak update! CLOSE! 
Bukak blog Iqah. Uish. Pasai duit. Cara nak simpan duit so that boleh beli iPhone. Cewah, hang Iqah. Hahaha. Menghasut! Baca, baca, baca dan baca. 
Bukak pulak blog Farah. Wah. About matrik dengan Form 6. Baca, baca, baca dan baca. 
Lepas tu, aku taktau nak bukak blog sapa dah. Tetiba teringat status Syaz kata dia dah update blog. Ok. Taip la URL blog dia. Cekak cekuk cekak cekuk keyboard lappy atau nama sebenaqnya TOMEY berbunyi. Done. Syaz cerita pasai kisah dia yang merempit mai rumah aku semata-mata nak mengajak aku tengok wayang. Hahaha. Hari Khamis hari tu aku rasa kami keluaq. Time tu, hujan kot. Hahaha. Baca, baca, baca dan baca. 
Ok! Sekarang aku taktau nak buat apa. Heh. Boring ah takleh nak pi jalan-jalan. 
AWAT UTP BAGI CUTI SEBULAN TIME BUKAN CUTI SEKOLAH?! KENAPA?! KENAPA?! 
  
April 26, 2014 No comments
 



Tak faham! Serius tak faham. Tak sangka pulak orang macam tu wujud dalam hidup aku. Mula-mula, ok la. Not bad. Asalkan hang tak kacau aku lebih-lebih, sudahlah. 
Sejak aku masuk ke alam U, dia stalk fb aku. Ok fine! Tak kisah la maybe sebab aku rajin update post. And just when I upload a picture with my friends, she start to be match-makers. Oh please! IT IS ANNOYING!!! Dok menyamaq as kawan aku konon. Tolong ah. Aku rasa macam WHAT THE?! Pantang ada lelaki dalam gambaq aku, mula la jadi MATCH-MAKERS a.k.a PENCARI JODOH TAK BERTAULIAH. Kadang aku rimas la jugak. Woi! Orang tengok kot. Shit! Naseb mak aku tak kata apa-apa. Dia cuma kata upload gambaq elok-elok. Ok. Yang ni aku bengang sikit. Sikit ja. Takleh lebih. Mak kot.  
MAMA! Kakak upload gambaq dengan kawan-kawan. Takda pon gambaq lebih-lebih dengan lelaki, berdua-duaan dengan lelaki then caption "doakan kami till jannah". *sulking*
Aduii! Takda! Semua tu kawan ja. Tak lebih daripada tu. Kalau ada pon, aku tak bodoh nak uload macam tu. Baru kenal tak sampai sebulan, dah  in love teruk-teruk and nak heboh-heboh kat orang. Kalau aku heboh pon, cuma dengan kawan-kawan rapat aku. Aku takkan ulang kesilapan aku yang dulu. NEVER'LL BE. In Shaa Allah.
Bagi aku, bagi aku la kan, someone yang cepat jump into conclusion,
"Mesra semacam ja hangpa ni"
"Amboi, sweetnya hangpa! Couple eh?"
"Ecececey! Sesuai ah hangpa ni"
and I was like %^&^*&
Aku paham niat nak bergurau tapi ada la certain orang tak anggap ini gurauan and start over-exited all along. Teguq aku then kenen-kenen dalam chat. What the hell? Rimas la weh. Serius. Dewasa tu buat cara dewasa. Takyah over sangat.

serius sabaq gila bakhang!!!
Aku maybe tak faham sangat hal-hal orang dewasa or lebih tepat lagi aku tak ambil tau sangat. Kadang-kadang la. Hahaha. But serious! Kita hidup dalam masyarakat so, kena la pandai jaga hati orang. Maybe tak semua but at least we try. Better than nothing kan?


















April 23, 2014 No comments

 
Cak! Lama gila tak update. Hahaha. Macam la ada orang baca blog aku nih. Lol. 
Lately, sibuk ah jugak. Dengan quiz, assignment, test. Urgh! Belajaq hari ni esok quiz. Like WHAT?! Huh. Stress jugak kadang-kadang. 
Minggu lepas, final exam. Pergh. Banyak siot nak cover. Time study week, aku tidoq. Hahaha. Tapi belajaq la jugak. Cuma , bab tidoq tu, aku terover sikit. Sikit ja. Serius sikit.
Sekarang, hahaha! dengan bangga, riak beserta kekembangan hidung, AKU DAH HABEH SEM 1 FOUNDATION YEAR! Wah! Macam hebat ja bunyi. Hahaha. Lol. Penat kot. Sekarang la masa untuk aku bersenang-lenang, berjoli-joli, berenjoy-enjoy. Hahaha. 


muka2 habeh exam awai. lol

Tapi..tapi, aku nak keluaq. 
Tapi..tapi, aku takot nak bawak motor p jalan besaq. Tak berani ah. Kat area taman aku ni, takpala jugak. Hmmm. 
Sebulan ni, apa aku nak buat eh?




April 18, 2014 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ▼  2018 (10)
    • ▼  August (1)
      • Masih Hidup
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose