Antara vlogger yang aku kenai and selalu follow-up depa punya video la. Antara la. Ada banyak lagi yang tu je la yang aku wajib tengok dulu.
Dan yang terbaru., AmanWan. Aku follow dia punya vlog ermmm rasanya tahun leps kot. Hujung bulan Disember. He is a 'comic'man! I mean pelukis komik. Bahahahaha. Tapi dia sendiri mengaku yang dia tu gila buku. Sangat suka baca buku.
Dia ni kalau tengok betol-betol, ada rupa Aaron Aziz versi gebu. Bahahaha.
Serius sengal vlog dia. Hahaha. Tapi di sebalik lawak-lawak sengal dia tu, ada tersirat nasihat-nasihat, pesanan-pesanan penaja daripada dia. dan sometimes, situation yang dia lakonkan balik tu buatkan aku rasa macam "eh? betol jugak eh".
Sapa kata jadi pelukis komik tak berjaya. Aku tengok life dia sangat enjoy. Hahaha. Wish to be like that.
Bila nak kerja nanti, pilih kerja yang betol-betol kita minat. Then, we'll enjoy to the end. Awal-awal, maybe rasa susah tapi bila dah lama, dah dapat cope dengan masalah kerja, In Shaa Allah. *cewahh. cakap serupa aku dah kerja*
Sama ja la macam nak masuk U. Nak pilih course sebelum masuk U tu. Orang kata pilih course yang akan jamin masa depan, yang senang nak dapat kerja. Aku taktau la sejauh mana keberkesanan idea tu tapi rezeki Allah ada kat mana-mana saja. Asalkan ada usaha, In Shaa Allah Allah permudahkan segalanya. Janji Allah itu pasti.
p/s : Muka Aaron Aziz + Badan Afdlin Shauki + Suara Pierre Andre = AmanWan
0 comments