• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

 
Tanggal 2 Mac 2013, merentas desa diadakan. Tahun lepas takda. Alaaa… Kalau tak, boleh lari dengan Taylor Lautner CELOP. Hohoho. Penat? Gila tak penat. Tak penah exercise, tiba2 dah kena lari 4 km. 

Masa cikgu tengah bagi taklimat (kot) kat depan. Aku dan kawan2 apa lagi~~~




Aku dan Farah hampir jadi PEREMPUAN SENIOR PALING LAST!  OMG! Hahaha. Serius kalau ingat balik memang lawak. Kenangan merentas desa yang terakhir masa sekolah menengah ni. 

Tersebutlah kisah, waktu rehat. Kami pon pi makan. Apabila lower form + upper form rehat sekali, maka gejala berebut nasi sambil makin menjadi-jadi. Aku dengan rasa macam dah tak boleh mask dah, mintak tolong Iqah beli nasi kat aku sekali. Berjanggut jugak la tunggu. Hohoho. Takda la sampai berjanggut. Nanti orang kata aku perempuan bukan tulen pulak. 

Aku pon tunggu di belakang kat tepi dinding. (Nak habaq pon tak reti. Pandai-pandai la hangpa bayang noh.) Aku sedap tercongok kat situ. Tetiba budak aku kira lower form kot maid ok tepi aku. Tunggu kawan dia beli makan jugak la kot. Pastu dia ajak geng dia lagi mai dok tepi dia. Makin lama makin ramai (3 orang ja) pastu tolak aku menyempit ke dinding.

“apa dia budak2 ni? Tak reti respek orang ka? Tak nampak ka aku yang kiut miut dok berdiri tepi depa ni?”

Pastu, boleh dok menyembang macam aku tak wujud kat situ. Sesekali, depa kalih la jugak kat aku. Aku buat muka tak puas hati + angkat kening = nak cari gaduh ka? Depa buat bodoh ja. 

Ini hanya perasaan aku saja ka atau memang budak2 zaman sekarang dok perasan hot + stai = KURANG AJAQ? Mentang-mentang la saiz aku kecik , depa bajet aku form 1 kot. Ceh. PI MATI LA!!!

p/s : Jangan riak dengan kelebihan diri.


streching paling stai....

March 09, 2013 No comments
 
Tersebutlah kisah dalam minggu ini, yang merupakan minggu ujian (OH DAMN!), pada pagi yang hening & sejuk, exam 1st sekali adalah PHYSIC! 

Physic dikhabarkan masuk bab HEAT, LIGHT & Wave.
Ok! Bab Wave boleh tahan lagi sebab baru ja belajaq tapi bila masuk bab Heat & Light..errr…blurr jap. Apa boleh buat. 2 tajuk ni hadir tatkala aku tingkatan 4 di mana gejala ponteng kelaskerap berleluasa dalam kalangan pelajar kelas aku terutamanya waktu PHYSIC yang diajar oleh yang tinggi lagi bermisai & berjanggut. Siapa lagi kalau bukan EN ZAFRULLAH KHAN. Cikgu yang sangat poyo & belagak membuatkan para pelajar sangat tidak menyenangi kelas beliau. 



Ok. Bebalik kepada kes tadi, sesungguhnya aku tidak memahami & menguasai tajuk2 tersebut. Maka, aku fed-up nak study last minute pada pagi itu.

Seperti biasa, tiba saja waktu perhimpunan datanglah pengawas a.k.a pengganas terkedek-kedek mai tutup lampu. Kebanyakan bawak buku kecik (buku nota kecik yg ada dlm buku rujukan tu). 

Aku? Lenggang kangkung je la. Aku keluar dari kelas membawa diriku yang kecik comel molek menuju ke tapak perhimpunan kecik di tepi dewan Syed Jan. 

Tetiba, BUDAK STAI yang juga menuju ke destinasi yang sama, menegur aku.

“weh, hang tak bawa buku ka?”

“dak!”

“owh. Orang terer.”

“owh..kalau orang tak pegang buku, kira terer la…”

Orang terer. Hmm. Sakit hati?  Mesti la sakit. Siapa dia nak kata macam tu kat aku! Lantak la aku nak baca buku ke tak pagi tu. Aku dah baca siap2 kat umah kot. Aku tau ayat dia tu ayat perli. Aku hanya mempunyai tahap kebijaksanaan yg sederhana sahaja. 

Kenapa aku panggil dia BUDAK STAI? 

Sejak dia kata “tamau ayat dalam BM. BM tak stai.”

p/s : Macam la BI dia PERFECT gila2. 

March 08, 2013 No comments
 
Tersebutlah kisah sabtu yang lepas, aku, iqah, farah, dan sindusha join rombongan sekolah pegi KARNIVAL JOM MASU U.
budak-budak tak cukup matang XD



Best? Ok la. Kira kami pi sana, dok PULUN amek FREE GIFT yang pihak U bagi ja. Hahaha. Belon pon ambik tapi tinggal tepi jalan sebab rimas nak masuk KFC. Dah la tangan tu penuh dengan beg-beg yang penuh dengan brosur.

makcik farah dan auntie sindu


makcik iqah dan adik mira!!! hahaha
kacau aku nak makan ja
masa tangkap gambar ni, aku sorang ja tak habeh makan lagi =_=''

alhamdulillah. habis jugak dua ketul ayam aku.

makcik iqah, makcik farah dan adik mira. (aku paling muda)

Nak dijadikan sejarah, aku makan paling lambat. LOL. Aku makan roti dia dulu, pastu baru perabih ayam and lastly wedges. I'm so FULL!!!

p/s : Duduk bertapa dalam KFC tu dekat 2 jam. Bagus punya perangai anak-anak dara ni. XD
February 23, 2013 No comments
 
My fellow friends. As you see the title up there, i would like to share something with you guys out there about what do i know about HEART. Well, as we all know heart is an organ that acts as a pump which drives blood into and through the arteries to the whole parts of the body.

structure of heart


Wait? Just what am i talking about? Ok2. Kebetulan aku baru habis study BIOLOGY. Study bab heart ni la.

"Pulun!"

"Lantak la! Aku nak amek SPM. Aku nak jadi pandai. Aku nak dapat straight A. Of course kena pulun wahai saudara-saudaraku sekalian."

Kedengaran agak kasar jawapan tu tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Biarlah orang nak kata apa pun kat kita asalkan we are happy with who we are and what have we done for now!

Berbalik pada topik asal. Ekceli, aku tak tau pasai pa dok speaking-speaking in the evening nih. Well, mood baru habeh study, macam tu la jadiknye. Hati. Semua orang ada hati tapi lain orang lain hati. Ada yang hati sensitip dan ada yang hati kering. Kawan-kawan aku pon macam-macam hati ada. Aku? Tengok mood. Kadang-kadang hati aku kering, kadang-kadang hati aku sensitip.

Kita dah tau hati orang tu lain-lain. So, sepatutnya kita kena pandai jaga hati orang. Jangan buat sesuatu tu sesuka hati. Jangan ingat semua orang sependapat dengan kita. Jangan anggap kita hebat sangat-sangat sampai sesuka hati kritik hasil kerja orang. Kalau nak kritik orang pon, kritik la secara face-to-face.


Sejak aku naik sekolah menengah ni, macam-macam ragam manusia aku dah tengok. Well, aku memang ada perangai suka usha orang dari kecik lagi. Orang akan nampak aku macam buat donno a.k.a buat derk. Hahaha. HANGPA TERTIPU! Aku sebenaqnya dok perhati prangai hangpa sorang-sorang. Aku akan nilai orang ni jenis mana, spesis mana. (tudia keluaq kedah dia) Lepas tu, senang la aku nak communicate dengan hangpa tanpa masalah. Tapi, ye la. Manusia. Tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Kata-kata dan perbuatan aku ada kalanya membuat kawan-kawan aku terasa.

Ok! Dengar sini!

"AKU MINTAK MAAF KALAU-KALAU AKU ADA TERKASAR BAHASA @ PERBUATAN YG MENGGURIS HATI HANGPA-HANGPA YANG MENGENALI DIRI AKU!!!"

p/s : enjoy the song!!!
 
February 09, 2013 No comments

Post kali ni bukan sebab makanan ok! Cuma nak kongsi tabiat makan kawan2 aku termasuk aku. Ada yg suka makan lambat2 (aku la tu), ada yg tak suka share makanan, ada yg suka suap-menyuap dan ada yg malas nak keluar duit sendiri p beli dan hanya mengepau makanan orang lain. Bukan dalam jumlah yg sedikit ye para pembaca! Kalau boleh dia nak bagi kenyang perut dia teruih. Wow! Ini memang kategori tak tahu malu. Dengan orang yg dia tak berapa rapat pon dia pau jugak. Dah tu, bila dah habis makan makanan dia, dia tunggu orang habis makan. Bila orang tu bangun nak pi letak pinggan, dengan kelajuan cahaya meletakkan plastik yg dia makan ke dalam pinggan orang tu dan dengan selambanya berkata "p buang sat". Ewah! Ewah! Ewah! Dah la pau makanan orang, suruh orang pi buang pulak tu. Maka dengan ini aku mengisytiharkan AKU AKAN CONTROL MAKANAN AKU DARIPADA DIPAU OLEHNYA DALAM JUMLAH YG BANYAK (sikit2 boleh la) DAN AKU TAKKAN JADI KULI BATAK DIA. Bukan berkira, tapi mana boleh senang-senang biar orang pijak kepala kita. Ambil kesempatan atas kebaikan kita. Bak kata pepatah, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!

rindu nasi lemak iqah!

p/s : pau ==> ambil tanpa kebenaran
      
February 01, 2013 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ▼  2018 (10)
    • ▼  August (1)
      • Masih Hidup
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose