Boyfriend or Best friend?

by - September 04, 2017

Yo! Hari ni aku gerak balik ke KL. Esok kerja. Ahhhh. Malas. Macam biasa, bodyguard merangkap best friend merangkap boyfriend aku iaitu Farid akan teman aku sampai KL pastu dia pi balik Kulim naik bas. Gigih kan? Aku tak bagi tapi degil dia ni kadang-kadang takleh bawak bincang. Dah pernah gaduh dah sekali pasal benda ni. Last-last, lantak la nak buat apa.

Bas ke Kulim dalam pukul 8 malam tapi delayed sebab jam. So sampai dalam pukul 9 malam. Sumpah aku tak tau apa yg aku rasa. Sedih. Nak nangis. Taknak lepas. Nak ikot. Semua ada. Aku tgk dia naik bas, aku dah mcm ermm 'nak ikot'. Last-last, aku chow balik sebab mata aku dah berair and bila-bila masa ja boleh tumpah.

Tak tau kenapa aku sayang sangat kat dia. Satu perasaan baru ekceli. Perasaan tak boleh berpisah, terlalu sayang semua ada. Bila dengan dia, sumpah aku happy gila. Walaupun dia kuat membuli, tapi dalam masa yang sama, aku seronok gila tengok dia seronok spend masa ngn aku dengan jadi diri dia sendiri. The real Farid yg kadang takda sapa tau. Yg bagi aku too precious, too cute to handle.

Dari kami kawan biasa lagi, to be honest, aku rasa selamat kalau dia ada kt sekitar aku. Means aku boleh bergantung harap kat dia kalau ada apa-apa jadi kat aku. Aku sendiri tak tau macam mana aku senang sangat luah masalah aku kat dia. Aku tak ingat macam mana kami boleh rapat tapi aku sentiasa rasa selamat bila dengan dia.

Dari dulu, dia tak permah berubah. Dia still Farid yang aku kenal. Yang pembuli tapi sangat protective. Cumanya, sekarang ni ada lagi la macam-macam perangai dia yang aku sorang ja tau and aku tak rasa aku nak share ngan sapa-sapa. Dia selalu buat aku rasa dihargai. Setiap perbuatan yang dia buat, aku selalu rasa ada kasih sayang kat situ. (rasa ja la. Taktau betul ka tak).

Yes. I do love him. My very own best friend and soon-to-be my husband. 🐱

You May Also Like

0 comments