Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 1)

by - December 29, 2016

 
Hello there. Long time no see meh. Long time no gossip-gossip gitew. Well, tetiba dapat seruan nak update blog, nak show off aku pi vacay ke Indonesia tanggal 13hb Disember hari tu. Sorry la aku jakun sikit. Almaklumlah this is my very first time out of Malaysia. Dia punya exited tu lain macam la sikit. 

Ok. So, aku ke Indonesia ni ikut mak aku ekceli. Mak aku yang beria-ria nak pegi. Kita sebagai anak ni mengikut je la (padahal syiookkkk). Kami pegi by package, ikut rombongan yang mak aku selalu join tu. Geng cikgu-cikgu sekolah mana ntah.
 
 
Nak dijadikan cerita, geng cikgu-cikgu dari Alor Setar. Kiranya, kami nak pi KLIA2 ni by van yang disediakan la. Janjinya pukul 9.30pm di Tol SP Utara, tibanya pukul 11.00pm. 1 jam ++ tersadai kat situ, bayangkan la boring takda dah. Tengok kereta shiuuuu sana shiuuuu sini. Fuh. Naik ja van tu, maka bermulalah pengembaraan beta di alam mimpi. Hahaha. Next, kami stop di RNR Dengkil dalam pukul 6am macam tu la untuk bersih-bersih badan, nak solat Subuh. Sejuk bhaiii. 

Flight kami pukul 10.35am kot kalau tak silap. Check-in dalam pukul berapa ntah. Tapi lama la jugak tunggu. Dah la flight lewat. Pukul 11am baru masuk. Nasib baik steward dia hensem. Huhu. Chinese look tapi sumpah hensem Niat di hati tu nak tangkap gambar tapi malu la. Huhu. Landing kat Bali dalam pukul 1.30pm centu, Fuh. Tipu la kalau kata tak lapaq. Berkriuk-kriuk bunyi perut. Ketemu sama itu Pak Suwa, tourist guide kami sepanjang di Bali ni. Dia ni kira-kira aku bukan jenis banyak cakap sangat kot sebab dia cakap apa yang dia rasa nak cakap saja. More than that, lawak yang aku tak berapa faham sangat. 







Ni makanan yang menyambut kehadiran kami di Bali. Jangan tanya aku kat mana. Honestly aku lupa. Hahahaha. Tapi sumpah sedap. Cuma sambal dia pedas ya amat. Pak Suwa kata kalau tak pedas, bukan Bali nama dia. I'm dead dude. Aku dah la sejenis makhluk Tuhan yang tak tahan pedas. Nasib baik sedap. Hoho. Sebelum tu, kami Jamak Zohor ngn Asar kat surau dekat situ. Agak tak selesa la jugak sebab surau tu dia gabung laki perempuan. Nak amek wudu' pon kat luar ja. Bedal je la. Janji settle solat.

So next, Bali ni sebenaqnya dalam plan banyak melawat kuil sebab 90% penduduk kat sini beragama Hindu. No wonder la ramai Indian dalam flight kami tadi. Dalam perjalanan tu, Pak Suwa bawak kami singgah Pantai Wisata kalau tak salah aku. YA ALLAH! Geramnya tak dapat mandi. Cantik sangat pemandangan. Aku ni walaupun tak reti berenang tapi suka gila pi pantai. Gamaknya kalau tepi rumah aku ada pantai, memang situ je la tempat lepak aku. Tenang. Aman. Damai ja bila dengaq ombak-ombak tu menghempas pantai. Ombak dia pon perghhhh memang best untuk surfing. Tapi aku tak surf, aku suka biaq ombak hempas aku. Hahahaha. Rasa terapung-apung kaki tak jejak pasir. 




Then, kami balik check-in hotel. Agak hambar ah dia punya hotel tu. Tapi selesa la nak tidoq apa semua. Masuk bilik, bersih-bersih diri apa semua pastu dalam pukul 8, keluaq balik untuk dinner kat Avatar Bali Restaurant. Dok ceruk dalam jugak la restoran dia. Takda la benda nak cerita sangat. Makan ja. Btw, selalu makan kita mesti ada kuah nak makan sekali dengan nasi. Ni depa, takda kuah. Sup pon nehi. Memang rasa tercekik la jugak. Dah la sambal dia pedas ya amat! Menangis-nangis gak aku makan. 

So, habis ja makan, balik ah. Tidoq. Kroh~kroh~

You May Also Like

0 comments