• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

 

Yo! Kpoppers. Kawan-kawan aku ramai ja yang Kpoppers. Dari sekolah menengah sampai la ke zaman U ni. Cik abang aku pon kaki KPOP jugak. *sigh*  

Meskipun aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang gila KPOP tapi setakat ni aku tak terjebak sangat. Sikit tu ada la. Aku dah start layan Running Man and drama korea. Tapi layan gitu-gitu je la. Boleh la setakat nak teman budak-budak KPOP ni layan drama.

Antara kawan rapat aku yang terjebak :=

  1. NORHAZIQAH BT MOHD KHADRI
    - si penghasut dengaq lagu-lagu kpop. sebab dia, aku terminat lagu Bigbang secara serius.
    - minat gila nak mati kat Lee Min Ho, Rain, Taeyang *tak sure betol ka tak*
    - akan bukak cerita pasai Running Man dengan Eim ngan Dalia. Aku dengaq ja takpon tidoq.
  2. RABIATUL ADAWIYAH BT MOHD ROOSLI
    -setiap kali waktu free, dia akan cerita drama-drama korea yang dia tengok. PRECISELY.
  3. DALIA LIYANA BT ABD JAMIL
    - dia ni minat Super Junior tak silap aku.
    - akan join Iqah sembang pasal Running Man.
  4. UMMUL NADZIRAH
    - ni sumpah GILA KPOP. Hahaha.
    - dimulakan dengan tarian Kpop belakang kelas, pastu lagu, pastu bahasa korea.
  5. SITI NADZIRAH BT KHAIRUDDIN
    - tak habes-habes dengan EXO dia.
    - masa aku ngan rumet p tidoq rumah dia pon, seharian drama korea ja kat TV tu.
    - parent dia pon suka tengok drama korea.
  6. SHAMSUL NUR ERZLIN BT SAMSUDIN
    - tak hardcore sangat tapi boleh la.
    - bila bukak topik pasal korea *orang lain, bukan aku* dia antara yang agak bersemangat.
    - dia minat BEAST tak silap aku
    - pakwe dia pon minat BEAST. Hahahaha
  7. NUR FIRAZ BT MUSTAFA
    - Running Man , We Got Married tu memang bidang dia
    - dengaq cerita , dia minta L Infinite tu. *tak silap aku la*
    - pernah kata "Kalau L tu jadi tokwan, aku sanggup jadi nenek"
#AWAS #VirusKpopMasihMenular


November 25, 2014 No comments

 
Fuh! Fuh! Lama gila tak menghapdet blog ni. Hahahaha. Sem ni sibukssss gilossss bebessshhhh. *ayat ni dilarang penggunaannya dalam kertas exam ye adik-adik*
Ok la. Sebagai pembuka semangat nak memeriahkan blog ni, aku nak cerita la pasal event Sport Carnival yang aku masuk ermm kira 2 minggu lepas la. (15hb November 2014). Sport Carnival kot. Dah nama dia SPORT , dah terang-terang la yang event ni kaitan dengan sukan. Hahaha. Sukan kot. Benda yang paling aku nak elak gila masa zaman sekolah dulu. Pantang hari Sukan ja, mula la hilang. Koku pon malas nak pegi. 
Tapi tu semua cerita dulu la. Aku masuk Sport Carnival ni just nak seronok-seronok ja. Lagipon boleh dapat kawan baru ye dok? 
Aku amek bahagian dalam futsal. Ha kau. FUTSAL tu. Hahaha. Sejujurnya , benda-benda bola ni aku tak minat sangat. Senang cerita, aku tak suka berkejaq and berebut bola. So, bila masuk game ni, aku awal-awal lagi cop bahagian defence. 
Tak silap aku, kami training 3 hari ja. Tu pon hari 1st training spoil gila. Spoil pon bukan sebab apa. Sebab court yang kami p main tu court V1. Memang petang-petang, abang-abang senior dok main futsal gak kat situ. Kami bajet macam main la separuh-separuh. Depa amek port sana, kami amek port sini. Tapi last-last, depa macam usha gila kami main sampai kami semua rasa tak berapa nak selesa. So, Alynn pon ajak balik. Masa kami nak balik, depa tepok tangan. Cis! Kuajo! Dengan pompuan pon takleh mengalah. 


On the next day, kami main kat court V5. Ekceli, aku ngn rumet tak pegi sebab ada talk apa ntah tapi masuk exam. So, alang-alang rajin, pegi je la. 

Masuk hari ketiga praktis, perasaan aku atau main waktu malam ni memang best. Takda la rasa panas sangat walaupun peluh meleleh-leleh. Masa ni, budak CE nak join main sekali tak silap aku. Pergh. Kasaq gila depa main. Habeh kaki aku disepaknya sekali. Hahahaha.

Hari keempat praktis, haaa kau. Semua pakat terer-terer dah main. Hahahaha. Takda la terer mana tapi setakat tendang masuk gol tu , kira ok la.  

Masuk hari lawan, 1st game budak CIS Group B lawan dengan budak PE kot tak silap aku. Perghhh. Dah la aku ni kecik molek ja, ditolak-tolaknya aku. Hahaha. Tapi ni pendek bukan sebarang pendek. Ni pendek pantang dicabaq. Hahaha. *acah2*. Tapi kesimpulannya, kami menang la. Menang kat penalti. Alhamdulillah la kira. Hahaha. Pastu, game sambung balik petang nanti. Next game, CIS group A kalah. Lawan dengan budak mechy tak silap aku. Sumpah dasyat. Takut pulak aku time tu. 

Petang tu, lepak2 bilik Bai, pastu turun la court dengan muka ngantuk. Hahaha. Yang pasti, aku tak main la petang tu. Depa import Ayunni. Defence paling kebal. Hahaha.

Last2, kami kalah main dengan budak mechy. Ceit. Hahaha. btw, serius nice game. Tu kira 4 hari ja training. Kalau sebulan training, dah juara dah tu. Hahaha. 

Macam yang cakap awai-awai tadi, masuk benda-benda macam ni boleh dapat kawan baru. Hahaha. Memang dapat. Tapi hai hai centu je la. Aku jumpa budak buddyz time orentasi dulu. Sumpah aku tak ingat langsung muka dia. Hahaha. Naseb dia ingat aku. Hahaha. Terasa bangga di situ bila orang ingat aku. Awwww. 

 
CIS JAN 14 ! 
UH AH OYEH !
 UH AH OYEH !
 CIS NO 1 !
CIS NO 1 !
 HU HA!

Tu cheers kami. Hahaha. Kak Mijah buat. Memang bising gila kami masa tu. Rasanya yang paling bising. Hahaha. *yg tgh tu coach utk hr tu*


November 25, 2014 No comments

  
Yo! Lama tak merapu kat sini. Well. Malas nak mengarang punya penyakit. Berbalik pada tajuk di atas (BM aku , mak aih) , bukan menunjukkan aku dah nak kawen k. Sabo. Sabo. Lambat lagi (kut). 
Pagi tadi, aku dapat satu cerita (pompuan , biasalah), ada coursemate aku sorang dah kawen. Baru lagi and I was like SERIOUSLY? WAH!!! Ada la perasaan jeles tu sikit. Sikit je la. Hahaha. Dah jodoh dia, Alhamdulillah je la.  
Kalau aku, hehe. Perasaan nak kawen tu ada la tapi tapi jauh di sudut hati (ceewaaahh) serius aku tak ready lagi nak pegang title Mrs. 
Kenapa? 
7 Sebab : 
  1. Tanggungjawab isteri ni kena jaga makan pakai si suami. Bahahahaha. Aku sendiri pon still tak terurus lagi, nak uruskan si suami. ish ish ish. Jenuh la si suami tu kena tahan sabaq dengan aku.
  2. Aku baru 18 tahun. Baru habeh SPM. Baru habeh sekolah. Baru nak sambung belajaq. Baru nak merasa kehidupan sebenaq.
  3. Bagi la aku can manja-manja ngan parent aku. Hahaha.
  4. Aku tak puas lagi jadi anak dara a.k.a orang bujang.
  5. Aku nak at least laki tu ada kerja tetap untuk tanggung aku.
  6. Aku nak habeskan degree dulu, nak kerja dulu.
  7. Calon takda lagi oiii !!!

September 10, 2014 No comments

 
Tepat semalam, 27 hb genaplah lagi 2 bulan besdey aku. Hahaha. Lagi 2 bulan ya. Uuuuu. Eksaitednya rasa. Memandangkan sekarang aku tengah cuti sem, so kepala otak aku banyak berangan sikit. Haha. Bayang yang tu, bayang yang ni tapi tak bayang benda2 18sx ya. Berdosa! Tak baik ye anak-anak. 
Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 32
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Dan kali ni aku bayangkan birthday aku nanti yang jatuh pada hari isnin tu : 

A prince make a surprise entrance, sing a birthday song while hugging a teddy bear pastu kawan2 aku dan kawan2 dia , ramai2 bawak kek kat belakang dia.

Ekceli, aku takda la minat teddy bear sangat tapi at least benda tu mengingatkan aku pada dia. Whenerver he make me feel sad, I’ll punch the bear. Whenever I feel down, I’ll hug it. Kira bear tu pengganti dia la. So, dia takyah dengaq aku berkeluh –kesah kat dia *hope so* hahaha. Lagipon, sekarang ni pon kami dah jarang in-contact. Alasan? Hahaha. Aku tak pasti but sometimes, I do miss him. His lawak sengal, his sweet nak mati punya ayat. Hahaha. Tapi tu la. Lain orang , lain cara pemikiran dia. Aku tak faham laki, laki tak faham perempuan. Pada aku, buat masa sekrang, better kami kawan ja kot. At least, I’m not hurt. Kalau ada jodoh, ada la. Kalau takda, kawan ja la. Senang ja aku cakap kan? Hahaha. Kamon la. Takkan semata-mata seorang lelaki yg belom tentu jodoh kita, kita sanggup ruin our mood, our friendship, our study? By the way, no matter what, he still my BAE. 


p/s : This is just a daydream. Never'll be in reality. Trust me.


 
August 28, 2014 No comments
 
Yo! Lama gila tak meraban kat sini. Sekarang dah cuti sem 2. Keboringan lagi lah aku nampaknya.


August 28, 2014 No comments

 
Restu? Yup, restu! Restu daripada parent. 
Restu apa? 
Restu pemergiaan aku kat sini, restu keputusan aku. Restu jugak tu. 
Dan... restu hubungan aku dengan DIA. Hahahha.
Serius, sampai sekarang aku macam SERIUS??!! 
Dulu, aku cukup takut cakap benda-benda hati ni dengan mak aku. Sebab, ye la. Aku pernah buat silap besar dulu. Sangat besar sampai aku sendiri malu nak ingat.
Hari tu, serius aku melawak ja. Kata nak cari boyfriend la, apa la. Tetiba mak aku kata "cari elok-elok, yang tak merokok macam abah. Tunjuk sat calon dia" and I was like WHAT??!! Sumpah terkejut. Aku pon, dah mak aku bagi green light, aku pon bagi la gambaq dia. Sebelum tu, aku dah habaq kat dia. Aku suruh dia bagi gambaq yang dia rasa paling hensem kat aku, nak tunjuk kat mak aku. *masa tu, aku wasap dengan mak aku sambil 'line' dengan DIA* Then, mama kata "kalau tengok muka, ok la, awak la kenal dia sendiri perangai dia macam mana. sesuai ke tidak".
Thanks mama. Terharu sangat. Rasa sedih jugak. Ye la. Dah besaq rupanya aku.
Aku tak taruh harapan tinggi dalam hubungan ni sebab kami pon baru ja kenal-kenal. Just let it flow by time. Kalau ada jodoh, In Shaa Allah. 
 

July 11, 2014 No comments

 
Lama gila tak update. Hahaha. Ate, teman sibuk bebenor. Nak buat macam mane? Hahaha.
Erm. Nak cerita pasal apa eh? Erm. Banyak benda jadi lately. 
One of them, programming and youtube. Hahaha. Alkisahnya, di Twitter la ye. Ada la seorang insan ni tweet kononnya Visual Basic (VB) tu basic ja, boleh belajaq kat youtube. Memandangkan classmate aku ni sangat active di Twitter, apa lagi kepoh la. Dah la masa tu dalam kelas FOP (Fundamental of Programming). Hahaha. Boleh kata semua pakat tak fokus. Ye la. Masa tu baru lepas quiz kot. Hahaha. Lapaq lagi. Perang la jugak kira dalam Twitter. Then, budak tu mintak maaf but aku tak rasa dia betul-betul mintak maaf. I mean dia mintak maaf tak ikhlas. Just nak selamatkan diri dia daripada serangan berterusan dan nak dianggap matang la sebab mengalah. Hmm. Aku rasa ja. Rasa. Aku ada jugak tanya roomate aku, kenal tak dia? Roomate aku kata entah la. Tak ramai sangat yang suka dia. Dia macam something like rasa diri dia tu overbagus. Oh, no wonder. Tak kisah la pasal dia tu. As long as tak kacau hidup aku. Tapi sumpah tweet classmate aku lawak-lawak gila. All about programming and youtube.
 

Next, pasal bebudak pompuan May14 nak cari pasal dengan bebudak pompuan Jan14. Ok yang ni aku tak paham sangat. It starts at UTP Confession (FB page). Depa just pesan bebudak pompuan Jan14 untuk tidak jeles dengan ke'hot'an depa yang secara tidak langsung menyebabkan most boys flirt with them. Oh pelishhh! Terserlah ketidakmatangan di situ. Aku ingatkan aku ja yang tak matang, rupanya ada yang lagi teruk. Well, at least I'm not annoyed people with my unmatured attitude. *I guess* *smirk* Aku taknak komen lebih-lebih la pasal benda ni sebab cantik tu subjektif. Perghh. Hahaha. Betul la. Bagi aku, lelaki yang suka pompuan sebab kecantikan wajah ni selalunya tak kekal. I would rather choose guy who love me based on my personalities, not on my cuteness *ecewahh* So, girls yang rasa diri dia tu hot, just go on. Cuma satu, NEVER EVER FLIRT WITH MY LOVED ONE *muka gengster*


Lagi, ermmm sekarang kan bulan puasa. Rasa macam cepat ja masa berlalu. Sedar tak sedar nak habis sem 2 dah pon. Selalunya bulan-bulan puasa ni la aku lagi aktif menyakat orang. Hahaha. Teringat masa sekolah rendah dulu. Pagi-pagi sebelum perhimpunan, dok main sate bakaq (kipas bontot kawan macam kipas sate pastu kawan sedaq pastu kawan ligan pastu pi kipas bontot orang lain pulak). Hahaha. Nostalgia gila. Tapi dalam dok seronok sambut puasa tanpa family *homesick ekceli* , ada la someone ni tegoq aku kat fb and ajak notty2. Astaghfirullahal'azim. Aku tanya dia umoq berapa? Dia kata "18 taon". Aku pon dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim "dah 18 tahun tapi tak kenal dosa pahala lagi? dalam bulan2 puasa pulak tu ==''" and then guess dia balas apa "aduuuuuuuuuuuuu. Kan kan kan apa lah manusia nie bhahahah" and I was like annoyed. Tak sampai 5 minit, aku removed dia. Aku tak perlukan kawan yang terang-terang akan hancurkan aku. 


Akhir sekali, *macam nak buat karangan* ermmm ingat tak cerita adik firdaus yang OKU tu. Ekceli, aku dah tengok video tu sebelum kecoh cerita ni esok tu. Masa tengok video tu , I was like Ya Allah! Sumpah kesian. Innocent ja tengok dia. Sejak-sejak tu, aku selalu gak follow up cerita dia. Tentang condition dia, tentang alasan mak dia buat dia macam tu. Sebagai orang luaq yang tak tahu apa, I'm not gonna to say a word about his mother. Just wishing adik Firdaus sihat walafiat.   








July 06, 2014 No comments

 
I don't like her. Its not like I hate her but I just yeah tak suka. Whenever she with me, I feel like "Urghh! Not her again!" 
Sorry if I'm being hypocrite but yeah till now, I'm still trying to adapt it. It is hers and I can't change her into whatever I want. It is not a friend is all about. 
I don't like the way she acted. I don't like the way she talked. It kinda something close to riak. Well maybe she is not riak but I feel it that way. I just can't help myself.
I'll try. I'll try to accept whoever she is. Yeah I'll try. 

June 18, 2014 No comments

  
SERABUT! SERABUT! SERABUT! 
Aku pon taktau pasaipa aku rasa serabut malam ni. Hmm.
All things mixed up. ALL!
He! She! Them! It! 



June 18, 2014 No comments
 

PLEASE DON'T!
Don't you ever come back, boy. Please. I had move on and I never wish to turn back. No! Please.

Back there, 
You ignore my feelings. You played me with your words. Your fake sincerity blind me out. 

Almost 3 years,
I had been waiting for you. I fell in your promises. I'd trust you. 

But, it was before.
The moment I was too obsessed with you. 
The moment I was drowned with love and lust.

Now, I've changed. 
Maybe it just a little change but it is still a change.
I'm not the one who begged for a man's love anymore.
There is no more.

When I have a better life, 
Filled with beautiful moments and friends,
YOU CAME! YOU GREET ME!  
Well, people might say " Ala. Teguq ja pon. Biasa la"
But,  for me it is unusual because you're not the type who will start conversation between us.

And, when we're having chit chat,
I'll try to not really 'layan' you.
I'll try to build barrier. A huge barrier between us. 

Its not like I hate you or what.
I'm just ... yeah. 
I don't want to make the same mistake again.



  


June 14, 2014 No comments
 

Since our drama project, 

All your words, your kindness, your concern, your sengals hahahaha. This may be too early and I'm trying hard not to keep on hoping for you to be mine someday. 

Nice to meet you. 

A nice feeling when I'm with you. 

But, 

For now, we promised ourselves to finish up our studies, have a job, earn some money. 

We were friends before yet we're still friends. 

I promise. One day, when we are ready and if we still have this feeling, if Allah had meant us together, In Shaa Allah. 



June 08, 2014 No comments
 

Dear My Mun, 

Kita kenal masa tutorial BI kita ada masalah. 1st class cancel. 2nd class cancel. Aku tak sure 3rd class kita cancel ke tak. Masa tu, hang bawak keluaq phone, call la pihak-pihak yang terlibat. Kalau nak harap aku time tu, memang tak ah. Perangai kedekut aku makin kronik sejak dok U ni. Masa tu, hang speaking wow. Hahaha. Tak macam aku. Aku pandai speaking atas kertas ja. 

Masa tu, Sir apa ntah nama ajak masuk group tutorial BI dia. Dia kata dia nak tolong sebab En Azam tu kawan dia. Tapi ada limit ah. Bukan semua boleh masuk. So, hang dengan Izati *aku taktau eja nama dia* pon masuk la group dia. 

Kami pon bawa diri cari group tutorial yang still kosong. At last, naseb ah Miss Hani sudi terima kami. Wahh. Hahaha. Ada hikmah benda macam ni jadi. 

Then, tak lama lepas tu, hang datang jumpa kami, mengadu nasib pasal Izati *sampai sekrang aku tak ingat muka dia* merangkap roomate hang nak keluaq. Kira hang mencari kawan la. Tak kisah. Lagi banyak kawan, lagi happening. Wahh. Ayat aku. Sejak-sejak tu, aku, Lin, Fi, Nad, Piqah, Saf dan hang BERKEPIT. Hahaha. 

Aku taktau kenapa aku suka sangat sakat hang. Serius. Seronok gila tengok hang gelabah. Sebijik macam ayam. Bahahaha. Hang pula lurus ya amat! Percaya ja cerita dongeng aku bulat-bulat. Tak semua tapi banyak la jugak cerita dongeng aku kasi kat hang. Hahaha. Dengan hang, aku tak reti langsung nak serius. Bahahaha. Semua jawapan kepada soalan yang hang tanya aku, semua aku putar belit. Bahahaha.

Aku ingat lagi moment aku, Lin, Fi, Bai ngan Nad overnight bilik hang. Gila punya eksaited aku tengok hang. Malam tu, kononnya nak tengok cerita Pee Mak. Hahaha. Last-last, tak jadi sebab Piqah balik rumah and cerita tu ada kat dia. Ceit. Sebagai penutup, Fi ngan Nad dok satu sudut layan We Got Married, Lin ngan Bai dah selamat dibuai mimpi lena, tinggal aku dengan hang ja yang masih setia bercakap soal hati dan perasaan. Hahaha. Ekceli, aku dah ngantok dah time tu. Tapi sebab kesiankan hang yang still dok segaq mata lagi tu, aku pon tahan la. *sweetkan aku* Konon esok pagi tu, nak jogging tapi HAMPEH. Semua pakat sambung tidoq balik. Hahaha. 

Setiap pagi, hang mesti ajak breakfast dan setiap kali tu lah aku reject. Hahaha. Aku dah terbiasa kot breakfast makan biskut tiger cicah ayaq milo. Tambah-tambah hari minggu. Lagi la aku malas nak turun. Hahaha.

Lagi ermmmmm apa lagi eh? Oh ya! Lawak. Lawak krik krik krik hang. Hahaha. Aku tak sengaja weh. Hahaha. Aku ni kadang-kadang lambat hadam lawak orang *hang la terutamanya* tu yang masa hang buat lawak, tetiba aku tak respond langsung. Aku terkaku. Aku terkesima. Tengah dok berperang dalam hati "nak gelak ke tak?" Bahahaha. Aish. Ampun Mun! Hahaha.

Sejujurnya, bila hang kata hang tak stay tu, sayu la jugak hati aku. Ye la. Hilang seorang kawan yang mampu terima kita seadanya walaupun tak sampai setengah tahun. Tapi aku dah prepare hati aku awal-awal untuk redha je. Sebab tu, aku tak berapa nak sedih bila hang keluaq berbanding Fi keluaq. Fi tu mengejut tau dak? Tak sempat aku nak ready. 

Dah la. Aku dah taktau nak merepek apa dah. Apa pon, aku hargai friendship kita. Aku takkan pernah lupa kenangan kita masa sem 1. Sedih la jugak sebab masa kita dok V2 dulu, hang kenai Fi kat toilet, hang kenai Lin masa dia tengah lap ayaq tumpah depan bilik dia. Ntah macam mana hang boleh tak kenai aku yang kiut miut ni *ka aku yang tak ingat hang masa tu? hahaha*

p/s : goodluck kat UIA sana eh, Maimun. Eh? Silap! My Mun. Hahahaha. *my gelabah ayam girl*

 
May 30, 2014 No comments
 

Di malam yang sunyi, di saat roomate aku tengah buat kerja-kerja dia, aku, di sini, depan laptop, menghadap screen laptop. Kat laptop, bukak tenet, tab FACEBOOK, TWITTER, BLOG, ASK FM wajib bukak. 

Tapi

Aku taktau nak buat apa. Macam senyap ja malam ni. Ketandusan idea. Ketidakadaan mood untuk menyakat. *tatabahasa aku semakin HEBAT kebelakangan ni*

Aku scroll, scroll, scroll FB. Tetiba aku nampak satu post. Pasal makhluk ghaib. Uish. aku cepat-cepat scroll bawah lagi. Agak-agak ah. Gambaq errrrr yang bungkus-bungkus tu. 

Ok. Dapat satu idea nak meluah perasaan yang terendam dalam hati ni. 

Makhluk halus atau lebih tepat setepat lagi tepat, HANTU didefinisikan sebagai roh atau arwah yang meninggalkan badan karena kematian. Tu kalau ikut pakcik wiki la. Bagi aku, HANTU ni something yang menakutkan dan penuh dengan darah. OK STOP! Aku takmau imagine lebih-lebih. Hangpa paham-paham la sendiri eh. Senang cerita, aku KURANG SUKA makhluk Allah yang satu ni. 

Aku sendiri taktau kenapa aku takut sangat tapi memang sejak azali lagi aku memang takleh tengok muka depa. AKU BENCI! TAK SUKA! MENCIK! MENCIK!

Antara cerita seram yang aku tengok dan aku trauma was PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM. Masa tu malam raya. Malam raya biasalah. Cerita-cerita best time tu. Yang tengah TOP lagi MELETOP dan macam biasalah cerita hantu mesti ada punya. Tak kira la lawak ka serius. Scene yang aku tengok dalam PHSM tu pulak time Maya Karin tengah bertenggek atas pokok. Aku yang baru nak dongak tengok tv terus tunduk balik tengok nasi himpit cicah kuah kacang dalam pinggan. 

Satu perangai aku, walaupun macam mana takut pon aku, aku still GEDIK nak tengok. Kesimpulannya, tengok tv sambil tutup mata dengan tangan, pastu bukak sikit ja, intai celah-celah jari. Tak pon, aku peluk POOH. Yang penting, mata itu harus diprotect.

Abah aku pulak suka menyakat aku. Time aku tengah dok intai celah-celah jari tu, beliau baling segala macam benda yang beliau boleh capai. Sebagai contoh, bantal kusyen kecik-kecik. Masa tu, memang bergema la jeritan aku. *sorry jiran depan, kiri, kanan, belakang* 

Setelah aku memerah segala macam memori yang tersimpan dalam kepala otak aku ni, rasanya 1st cerita seram yang aku tengok was ermm aaaaa tak ingat ah tapi something like BILIK kat tajuk dia. Tak silap aku, masa tu aku umur 6 tahun dan aku tengok cerita tu kat sekolah *aku prasekolah masa tu*. Cikgu pra tu pasang cerita tu dek permintaan kawan-kawan aku. Depa nak tengok. Aku pon join ah sekali. Cerita tu takda la seram sangat tapi lebih kepada cerita misteri. But still, aku takut. Sebab ada scene yang bungkus-bungkus tu. Serius seminggu aku tidoq bilik mak ayah aku. Takut siot. Aku ingat lagi, bila si pelakon-pelakon tengah tidoq, yang bungkus-bungkus tu datang sambil kata "bangunlah. Tu tempat aku". Sumpah aku trauma. Lama jugak aku jauhkan diri daripada bantal peluk aku. 

Disebabkan hantu jugak, aku gaduh dengan kawan-kawan aku. Depa hantaq mesej-mesej yang membuatkan aku terbayang terus rupa hantu. Memang berasap la. Macam kebudak-budakkan kan? Nak buat macam mana. Dah la aku jenis penakut. Bila aku tengah dalam takut-takut tu, aku akan jadi payah nak tidoq. Kalau tidoq pon, akan mimpi bukan-bukan. Dah banyak kali ayat kursi, surah 3 qul, aku baca, still daya imaginasi aku sangat tinggi. *aku harap sangat hangpa-hangpa-hangpa yang berhajat nak takutkan aku tu untuk hentikan niat hangpa. kesiankanlah aku*

Uish. Pukui 12 dah. Hahaha. Ok. Drop this subject. Don't want to talk about it anymore. NO! NO! NO!

p/s : post kali ni takda gambaq k. Kenapa? 

GILA AH! TAKDA KEJA AKU NAK GOOGLE GAMBAQ DEPA.


May 27, 2014 No comments
 

I didn't get it. 
The one I wish to pursue my study.
For sure, I AM SAD.
I just can't cry. 
I don't know why. 


Orang kata kalau tak boleh nangis meaning hati kita mati.

Hati kita mati sebab terlalu banyak dosa yang telah kita buat.

Ya Allah! Harap-harap tu bukan sebab aku takleh nangis.

Air mata. Terlalu berharga sampai aku rasa sayang nak keluarkan. 

Kawan-kawan aku sakitkan hati aku. Aku diam. Aku sabar. Aku tak nangis.
Orang yang aku percaya khianati aku. Aku diam. Aku sabar. Aku tak nangis. 
Orang hancurkan hati aku. Aku diam. Aku sabar. Aku tak nangis. 

Tapi

Bila aku baca novel, aku nangis.
Bila aku layan hindustan, aku nangis.
Bila aku dengar lagu sedih, aku nangis.

Now that I know,

Bila aku dalam dunia imaginasi aku sendiri, aku beremosi. Aku bebas ketawa, menangis tanpa henti.
Tapi, 
Bila aku dalam dunia realiti, aku sembunyikan emosi. Aku ketawa tapi aku menangis dalam hati. 


Somehow, I just want to cry. To release my tense. Please. Just cry.

May 24, 2014 No comments
 

 

Somebody, please give me this!!! Hahaha. Tetiba nak teddy bear pahal? Hahaha. Saja ja. Kat sini (UTP) takda bantal peluk. Aku tak bawak mai pon bantai peluk bushuk masham aku tu. 

Awat?

Sebab nanti aku nak balik SP, kena tinggai bantai peluk tu kat sini (UTP). Takkan aku nak bawak balik kot. Aku naik bas ok dan bantai peluk aku sama panjang dengan aku. Bahahaha. Bila balik umah, takda bantai peluk pulak. Huwaaa. Aku dah terbiasa hidup peluk-memeluk ni. 

Aku takda la suka sangat teddy bear tu tapi macam yang aku kata, aku suka memeluk. Tidur aku perlu bertemankan something untuk dipeluk, baru best tidoq.

Kenapa aku mintak teddy bear instead of bantal peluk baru?

Hmmm. Saja nak merasa tidoq peluk benda mahal. Bahahaha. Serius. Mahal kot. Daripada aku habiskan duit beli teddy bear, baik aku guna untuk makan. Kenyang. Hahahaha. 

Kecik-kecik dulu takda teddy bear ka?

Ada tapi boleh kira dengan jari ja and depa tu kecik-kecik ja. Paling besaq pon, POOH. Yang tu tak silap aku beli kat Padang Besaq. Eh? Tak! Bukan! Yang tu aku beli Candy Girl. Alaa. Patung manusia tu yang sama besaq dengan budak. Tapi sekarang ni rasanya ada kat bawak tangga rumah. Hahaha. Habis baju skirt dia aku cabut, then hilang macam tu ja. Sampai sekarang la dia bogel. Hahaha. Yang POOH tu, tak ingat la. Masa tu, aku kecik lagi rasanya. POOH tu sampai lunyai aku main. Hahaha. Dah hitam dah dia. POOH tu a yang selalu kena gusti dengan aku. Mau tak hitam. Bahahaha. 

So, kepada lelaki-lelaki yang nak ngorat, tolong beli aku teddy bear seBESAR-BESARnya! Bahahaha. Macam ada ja laki nak ngorat. Gila PERASAN. Hahaha. Takda ah. Cinta aku bukan berharga se...*aku taktau penjodoh bilangan untuk teddy bear! OH M BM!* ...teddy bear. Cinta aku sangat mahal. Cewah. Hahaha. Lagipon, aku tak suka perabihkan duit orang sampai berpuluh-puluh ringgit. Even pakai duit mak ayah aku pon, aku pikiaq 2 3 kali. Baik tak aku? *angkat kening sebelah senyum senget* 

p/s : hari ni kelas pukul 5 sampai 6 ja. Oh, HEAVEN! Untuk awal-awal sem ni ja la. Lepas ni, konfem SIBUK......kot
May 21, 2014 No comments
 

Tengah dok syok scroll twitter, Era FM main lagu KALAU AKU KAYA. Ok! Now, I wanna start berangan. 

Kalau aku kaya, macam biasa la, impian anak-anak soleh solehah. Cewah. Hahaha. Nak hantaq mama dengan abah pi haji. Teringat masa UPSR dulu. Ada keluaq soalan "kalau anda diberi *berapa ribu ntah*, apa yang akan anda lakukan?" Lebih kurang la soalan dia. Aku pon apa lagi. Ni la isi pertama aku. Wah. Hahahaha.Tapi apa salahnya. Kita niat benda yang baik pon dah dapat pahala. Lagipun, apalah sangat duit nak hantaq mak ayah pi haji berbanding dengan duit yang depa habiskan untuk besarkan kita. *tetiba sayu* Tambah pula, nak besarkan aku yang sangat KUAT QEYAU *nangis*. Qeyau pulak bukan slow, tapi kuat, siap kaki tangan tendang-tendang. Bahahaha. Ni atok aku, pak-pak,mak-mak menakan aku, kawan lama abah dengan mama yang cerita. Malu la jugak. Tapi nak buat macam mana. Hahaha. Aku qeyau bila aku rasa RIMAS ataupon TAK PUAS HATI. Tu ja. Tak sangka kecik-kecik dulu , aku dah pandai memberontak. Bila dah besaq sikit, keras kepala pulak. Hahaha. Serius. Bila aku nak something, aku akan make sure aku dapat jugak. No other choice. Tapi ikut nasib la. Kadang dapat, kadang tak dapat. Kalau tak dapat, aku muncung sedepa. Abah panggil aku MULUT ITIK. Ceit. 

Kalau aku kaya, aku nak beli rumah dengan kereta sendiri. Ye la. Dah ada duit, takkan nak mintak duit kat abah lagi. Tapi sebelum beli, aku akan mintak abah tolong pilihkan. Pilihan abah selalunya kena dengan citarasa aku. Lagipon, aku tak cerewet sangat bab-bab ni. Asalkan ada, sudah. Case closed.

Kalau aku kaya, aku nak beli baju, seluaq, dress, tudung, handbag, kasut dan macam-macam lagi aksesori perempuan. Still abah yang tolong pilihkan. Takmau mama. Jarang taste aku dengan mak aku intersect. Jarang sangat. Selalu kalau shopping dengan mama, aku kena mengalah la jugak kadang-kadang. Dah aku pilih tu, mama kata tak lawa, aku pilih ni , mama kata tak lawa jugak, last sekali bebai. Angguk ja bila mak aku pilih. Kalau ayah aku, " ambik la apa hang nak". Horee!!! Freedom!

Kalau aku kaya, aku nak beli buku. Tak kira buku apa pon. Novel, komik, ilmiah, anything. As long as it is a book. Tapi tengok content la. Kalau best, baru beli. Kalau tak best buat apa nak beli. Aku nak buat mini library kat rumah aku tapi terbukak kat family je la. Bahahaha. Kalau orang lain tu, ermm bergantung kepada kepercayaan la. Kalau aku rasa dia boleh jaga buku aku dengan baik, tak salah rasanya nak pinjam. Harta orang walaupun RM20 lebih ja, kena la jaga elok-elok. Amanah tu. 

Kalau aku kaya, aku nak banyak-banyak sedekah especially rumah anak-anak yatim. Serius aku sedih bila tengok depa yang takda mak ayah, membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. *mood serius* Kalau boleh, aku nak bina masjid jugak. Setiap kali orang guna masjid tu , aku dan yang tolong bina tu dapat pahala berterusan. Aku nak derma banyak-banyak, aku nak tolong orang susah. Aku bagi depa peluang pekerjaan. In Shaa Allah, aku try memperbanyakkan saham akhirat seimbang dengan saham dunia.

Kalau aku kaya, aku nak hidup sederhana ja di mata orang lain. Aku taknak orang tengok aku as orang kaya. Kalau aku ada anak pon, aku nak anak aku hidup dalam sederhana. Tak terlalu mewah. Terlalu banyak duit ni boleh buat manusia lupa diri dan aku taknak anak-anak aku hanyut dek benda ni. Target kita as umat Muhammad kan untuk melahirkan seberapa umat Muhammad yang soleh solehah. Cewah. In Shaa Allah.

Tu ja kot apa yang aku nak buat KALAU AKU KAYA. 




May 20, 2014 No comments
 
Meja masa dah keluaq! 
ni baru lecture. only lecture. tak termasuk tutorial
SEM II FOUNDATION YEAR 2014
May 15, 2014 2 comments




“Hai! Nak jadi kawan awak boleh?”
Lol. Kalau aku takmau kawan dengan hang, buat apa aku pi approve hang?!

“Nama awak ape?”
Lol. Aku rasa aku tak pakai pon nama fake dalam FB tu. Terang-terang ada nama kat chatbox tu. Tak reti baca ka apa?

“Umur berape? Tinggal mane?”
Urghh. Pi la check info aku. Malas aku nak terang lebih-lebih. Apa guna aku isi info kat FB tu?

“Dah makan ka belom?”
Lol. Kalau aku belum makan pon, hang boleh buat apa hah? Suka hati aku la nak makan ka tak.

“Dah ada bf ke belom?”
Kalau takda pon , pahal?

“Kalau takda bf, boleh saja jadi bf awak?”
HAH?! Kenal apa pon tak, tetiba ja. Tolong ah. Aku tak layan stail ngorat yang macam ni. REJECT!

“Saya mengganggu awak ke?”
Oh, tolonglah! Dah sampai setengah jam lebih baru hang tanya soalan tu? DAMN!

Aku bukan jenis perempuan yang senang-senang ja couple macam main masak-masak. Tak kenal pon, still boleh main. Aku bukan jenis yang cepat mesra dengan orang tambah-tambah lelaki. Aku sangat sombong dengan lelaki yang aku tak kenal and nampak sangat dia nak mengayat. Aku tak kisah kalau orang label aku SOMBONG terutamanya lelaki asalkan aku tak nampak MURAH. 

p/s : aku jarang on FB sebab benda-benda macam ni la. Tak suka betul.
May 12, 2014 2 comments
 

Anak-anak Tokwan Ya = 7 orang.
Menantu-menantu Tokwan Ya = 7 orang.

Cucu-cucu Tokwan Ya = 20 orang.
Cucu lelaki = 14 orang dan cucu perempuan = 6 orang.
Nisbah cucu lelaki : cucu perempuan = 7 : 3

Cucu yang dah kahwin = 5 orang.
Nisbah cucu yang dah kahwin : cucu yang belum kahwin = 1 : 3

*aku taktau kenapa tetiba aku rajin nak buat statistik ni. Bahahahahahaha.*

p/s : Selamat Pengantin Baru Kaklong dengan abang Hadi. Wah. Cucu perempuan pertama Tokwan Ya dah kahwin! Hahahaha.



May 12, 2014 No comments
 

Semua ada nama pendek a.k.a satu suku kata.


rindu hangpa.cewaah! sweetkan aku? bahahaha

















Munierah è Mun  
Erzlin è Lin  
Firaz è Fi 
Nadzirah è Nad  
Baiyana è Bai  
Benazir è Ben 
Safra è Saf

Aku ja yang Amira è Mira. 

Erghh! Tak adil! Eh? 

Lupa. Afiqah è Piqah. Ok. Ada geng! Bahahahaha. Serius takda keja.

p/s : balik UTP 18hb. Aku taktau nak bagi reaksi happy horeyy horeyy sebab jumpa kawan-kawan ataupon sedih sebab kena bukak buku. 

May 12, 2014 No comments
 

Sometimes I have a feeling that you guys are far away from me.
Sometimes I have a feeling that you guys try to avoid me.
Sometimes I have a feeling that you guys are good together without me. 
Sometimes I have a feeling that you guys hate being friend with me. 
Sometimes I have a feeling that you guys force yourself to be friend with me.
Sometimes I have a feeling that you guys annoyed being with me. 
Sometimes. Yeah. Sometimes.

Sorry if I have done something wrong.
Sorry if I am late to realise it.
Sorry if I being 'pengacau' in your friendship.
Sorry if I have make you hate me more.
Sorry if I am too dense to realise it. 
Sorry if I being too annoyed.
Sorry. Yeah. Sorry.

Right now, I being alone. 
Eventhough I have new friends now, 
but still you guys are my best friends.
Best friends that I ever had.

But now,
No! Not now. 
Since before, 
you guys always have happy moments together without me. 
Yeah. Without me. 

  
May 03, 2014 No comments

 
FAILED? Yes! I'm failed. Failed to protect my heart. Failed to not fall in love again. 
LOVE? Yes! Love. Love the way he treat me. Love the way he care. 
CARE? That's the reason why I fall for him. Just one word and I stunned.
 
Dulu, masa jejak kaki kat UTP, aku dah janji dengan diri aku. NEVER EVER FALL IN LOVE AGAIN. NO BOYFRIEND JUST CRUSH! Bahahahaha. Crush je. Biasa la pompuan kan. Kalau takda crush, rasa tak best ja nak mengusha. Tapi aku bukan jenis minat orang ramai-ramai. Aku hanya ada crush seorang ja dalam satu masa. Once aku dah ada crush lain, crush lama terus lupa. Tak pernah terlintas langsung nak berkapel-kapel ni. 
Aku dengan dia rajin berchatting. Dia la start dulu. Aku layan je la. Lagipon, dia tanya pasal benda-benda berkaitan kelas *kami satu tutorial BI dan satu group drama*. Lama-lama tu, aku rasa selesa dengan dia. Takda ayat-ayat macam nak attract attention aku pon. Cewah. Sembang macam aku ni lawa. Bahahahaha. Tapi, ye la. Kami sembang macam dah kawan lama. Padahal, aku tak pernah tau pon dia wujud dalam kelas tuto kami tu. Bahahaha. *ampun weyh*
Habis ja projek drama kami, yeah! He's my crush! MY NEW CRUSH! We still chatting as usual. No lovey dovey words but once he said "ye lah. Hang comel. Gangster yang comel" and I feel like "dude! He called me CUTE! OMAGAD! OMAGAD!" *maaf atas ke'over'an aku di situ* 
Satu scene yang aku langsung tak boleh lupa, waktu tu hujan. Time tu pulak, baru habis lecture BI. Last lecture. Keluaq saja dari lecture hall, oh damn! Hujan. Selalu hujan time aku tak bawak payung. *astagfirullahal'azim. Rahmat Allah, tak baik merungut* Hahahaha. Dah la dari lecture hall ke V5 tu jauh. Jalan yang kami selalu tu pulak takda bumbung. So, kami tukaq jalan. Pi lalu kat Chancelor Hall , pocket D. Time tu, kebetulan dia online. Aku yang memang sedia online, chatting je la. Dia yang teguq! Hahaha. Ekceli, sambung conversation. Hahaha. Aku cakap ah aku tengah redah hujan and suruh dia hantaq payung. Serius aku main-main ja time tu. Aku tak sangka reaction dia. Siap tanya aku kat mana. Wah. Sweet. Hahahaha. Tak pernah-pernah mana-mana kawan lelaki aku offer macam tu. Aku taktau la dia tu melawak ka apa but seriously he moved my heart. Kawan-kawan aku perasan la yang aku dok tersengih-sengih menghadap phone. Tau ah tu aku tengah dok buat apa. Depa tau aku minat dia. 
Satu scene yang buat dia nampak really gentleman, bila aku dengan budak-budak drama keluaq tengok midnight movie. Kereta apa ntah. Kami keluaq 7 orang + sorang driver. Gila memang gila sebab kereta tu seat dia 6 orang la maximum. Tu pon jenuh berimpit. Lagi 2 orang dok BONET. Hahaha. Serius lawak. Time nak lepas pak guard tu , muka memang habis suci la. Dek kerana sifat baik hati kawan-kawan aku, depa paksa dia dok tepi aku. Mula-mula tu aku bagi je la sebab dah memang packed dalam bonet. 2 orang ja boleh lepas. Aku ingatkan orang lain, rupanya depa suruh dia. Ah sudah! Gila malu aku malam tu. Bila time si driver tu kona, memang bergerak la kan sekali dengan penumpang-penumpang dia. Time kona kiri tu, aku tak dapat kontrol badan aku la , terimpit jugak ke kiri. Kiri aku ada dia. So , faham-faham la ye. And he said "sorry" dan masa tu, muka aku rasa panas. Aku yang himpit dia, awat dia yang mintak sorry? Kat situ, aku nampak sisi baik dia. 
More and more, kami ber'whatsapp'ing, aku melawak ja dan tetiba dia mengaku and I was like SERIOUSLY?! Till now, I just want to know, WHAT AM I TO YOU ?
April 30, 2014 4 comments
 

Mat Luthfi. Anuar Hadi. Maria Elena.

Antara vlogger yang aku kenai and selalu follow-up depa punya video la. Antara la. Ada banyak lagi yang tu je la yang aku wajib tengok dulu. 

Dan yang terbaru., AmanWan. Aku follow dia punya vlog ermmm rasanya tahun leps kot. Hujung bulan Disember. He is a 'comic'man! I mean pelukis komik. Bahahahaha. Tapi dia sendiri mengaku yang dia tu gila buku. Sangat suka baca buku.
 

Dia ni kalau tengok betol-betol, ada rupa Aaron Aziz versi gebu. Bahahaha.
 

Serius sengal vlog dia. Hahaha. Tapi di sebalik lawak-lawak sengal dia tu, ada tersirat nasihat-nasihat, pesanan-pesanan penaja daripada dia. dan sometimes, situation yang dia lakonkan balik tu buatkan aku rasa macam "eh? betol jugak eh". 
Sapa kata jadi pelukis komik tak berjaya. Aku tengok life dia sangat enjoy. Hahaha. Wish to be like that. 

Bila nak kerja nanti, pilih kerja yang betol-betol kita minat. Then, we'll enjoy to the end. Awal-awal, maybe rasa susah tapi bila dah lama, dah dapat cope dengan masalah kerja, In Shaa Allah. *cewahh. cakap serupa aku dah kerja*

Sama ja la macam nak masuk U. Nak pilih course sebelum masuk U tu. Orang kata pilih course yang akan jamin masa depan, yang senang nak dapat kerja. Aku taktau la sejauh mana keberkesanan idea tu tapi rezeki Allah ada kat mana-mana saja. Asalkan ada usaha, In Shaa Allah Allah permudahkan segalanya. Janji Allah itu pasti. 

p/s : Muka Aaron Aziz + Badan Afdlin Shauki + Suara Pierre Andre = AmanWan
April 29, 2014 No comments
 
[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist
April 26, 2014 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ►  2018 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2014 (35)
    • ▼  November (2)
      • Kpoppers
      • Sport Carnival
    • ►  September (1)
      • Wife-To-Be
    • ►  August (2)
      • Wish-To-Be
      • Habuk
    • ►  July (2)
      • Restu !!!
      • Updated!
    • ►  June (4)
      • Trying !!!
      • Serabut !!!
      • No More !!!
      • Falling For You !!!
    • ►  May (10)
      • Sayonara Mun !!!
      • Tatotnyeee !!!
      • Cry !!!
      • Give Me That !!!
      • Kalau Aku Kaya !!!
      • Meja Masa Sem 2 !!!
      • Soalan-soalan yang Aku TAK Suka Orang Tanya dalam ...
      • Anak Cucu Tokwan Ya !!!
      • Cis !!!
      • Alone !!!
    • ►  April (6)
      • Failed !!!
      • VLoggers !!!
      • Blossom April Giveaway
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose