• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

 
Alhamdulillah. Dapat jugak mengatasi sifat malas membuka blog yang wujud secara tiba-tiba. Ermm. Nak update pasai apa? Hadoih. Ke'blur'an sebentar di depan netbook. 

Ok! Cerita pasai exam hari tu. Weh! Dasyat gila result aku. Kalau OK, OK gila2. Kalau KO, KO gila2. Hahaha. Frust la jugak sebab 1st time BM aku tak lepaih. Oh Man! Rasa nak teriak guling-guling ja kat situ.  



Minggu lepas jugak, keputusan STPM & SPM diumumkan. STPM aku takmo citar. Sebab? Saja. Aku taktau sangat pasal STPM punya result. Yang aku tau, dapat 100% lulus. 

Abang aku? Erm. Ntah. Dia taknak bagitau. Lantak pi kat dia. Aku bebai nih. Berapa hari ntah dia wat derk ngan aku. Serius sampai hati dia. Nasib baik hari jumaat, lebih tepat lagi lepas sembahyang jumaat, dia respond. Happy tak terkata dah aku time tu. 

SPM. 100% jugak. Seramai 46 orang (tak silap aku la) dapat straight A and 6 orang dapat straight A+. Pergh. Gila gempak.
Insyaallah aku pon nak dapat macam depa jugak ^_^
Keja sekolah? Mak aiii. Belunggok kot. Malas gila nak buat. Walau bagaimanapun, aku masih tabahkan hati kuatkan tenaga mengerah otak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi.

Rajinkan aku? Hohoho.
Ok! Itu ja kisah aku yang tak berapa menarik pada minggu lepas. Walaupun tak menarik tapi cukup awesome bila dikenang balik.

Zaman muda remaja zaman yang terindah. Zaman di mana aku dapat kawan-kawan yang awesome macam IQAH, FARAH, SINDHU, KAMALEEN, AIMI dan DALIA. Tak lupa NAJWA jugak.

AKU SAYANG HANGPA WEH!!! 
p/s : Kami buddyz. Kami takkan terpisah. (sikit2 tu adalah)






March 26, 2013 No comments
 
Pada hari Khamis hari tu, tiada peperiksaan dijalankan memandangkan budak2 ramai pi wakil sekolah dalam acara sukan yang wujud di muka bumi ini. Maka, ujian ditunda pada hari Ahad iaitu pada minggu depan. 

Aku tak terlibat dalam apa2 acara datang sekolah macam biasa. Malangnya, cikgu tak masuk. LOL! 

Surachai main jet kertas dalam kelas. =_="

Amirul dok lukis bas ngan dok menghafal no. plat bas seolah-olah nombor2 tersebut masuk dalam ujian. =_=" 

Aku & Iqah yang boring pergi keluar menghirup udara segar di luar kelas. Kami sempat pi sembang dengan 
cikgu Shuhaida. Pastu pi cari kad UNO tapi tak jumpa. Lalu membuat keputusan pergi ke bilik persalinan untuk menghabiskan waktu yang ada. Dari awal sampai tamat waktu sekolah. Kelas kau jah! 

Ponteng kelas BM pulak tu. Ish2. Bagus sungguh cikgu ni. Walaupun sikit orang yang hadir, dia tetap mengajar seperti biasa. SAYA TABIK SPRING KAT CIKGU! 

p/s : get ready nak kena marah dengan cikgu BM sebab ponteng kelas dia. =_="



March 09, 2013 No comments
 
Tanggal 2 Mac 2013, merentas desa diadakan. Tahun lepas takda. Alaaa… Kalau tak, boleh lari dengan Taylor Lautner CELOP. Hohoho. Penat? Gila tak penat. Tak penah exercise, tiba2 dah kena lari 4 km. 

Masa cikgu tengah bagi taklimat (kot) kat depan. Aku dan kawan2 apa lagi~~~




Aku dan Farah hampir jadi PEREMPUAN SENIOR PALING LAST!  OMG! Hahaha. Serius kalau ingat balik memang lawak. Kenangan merentas desa yang terakhir masa sekolah menengah ni. 

Tersebutlah kisah, waktu rehat. Kami pon pi makan. Apabila lower form + upper form rehat sekali, maka gejala berebut nasi sambil makin menjadi-jadi. Aku dengan rasa macam dah tak boleh mask dah, mintak tolong Iqah beli nasi kat aku sekali. Berjanggut jugak la tunggu. Hohoho. Takda la sampai berjanggut. Nanti orang kata aku perempuan bukan tulen pulak. 

Aku pon tunggu di belakang kat tepi dinding. (Nak habaq pon tak reti. Pandai-pandai la hangpa bayang noh.) Aku sedap tercongok kat situ. Tetiba budak aku kira lower form kot maid ok tepi aku. Tunggu kawan dia beli makan jugak la kot. Pastu dia ajak geng dia lagi mai dok tepi dia. Makin lama makin ramai (3 orang ja) pastu tolak aku menyempit ke dinding.

“apa dia budak2 ni? Tak reti respek orang ka? Tak nampak ka aku yang kiut miut dok berdiri tepi depa ni?”

Pastu, boleh dok menyembang macam aku tak wujud kat situ. Sesekali, depa kalih la jugak kat aku. Aku buat muka tak puas hati + angkat kening = nak cari gaduh ka? Depa buat bodoh ja. 

Ini hanya perasaan aku saja ka atau memang budak2 zaman sekarang dok perasan hot + stai = KURANG AJAQ? Mentang-mentang la saiz aku kecik , depa bajet aku form 1 kot. Ceh. PI MATI LA!!!

p/s : Jangan riak dengan kelebihan diri.


streching paling stai....

March 09, 2013 No comments
 
Tersebutlah kisah dalam minggu ini, yang merupakan minggu ujian (OH DAMN!), pada pagi yang hening & sejuk, exam 1st sekali adalah PHYSIC! 

Physic dikhabarkan masuk bab HEAT, LIGHT & Wave.
Ok! Bab Wave boleh tahan lagi sebab baru ja belajaq tapi bila masuk bab Heat & Light..errr…blurr jap. Apa boleh buat. 2 tajuk ni hadir tatkala aku tingkatan 4 di mana gejala ponteng kelaskerap berleluasa dalam kalangan pelajar kelas aku terutamanya waktu PHYSIC yang diajar oleh yang tinggi lagi bermisai & berjanggut. Siapa lagi kalau bukan EN ZAFRULLAH KHAN. Cikgu yang sangat poyo & belagak membuatkan para pelajar sangat tidak menyenangi kelas beliau. 



Ok. Bebalik kepada kes tadi, sesungguhnya aku tidak memahami & menguasai tajuk2 tersebut. Maka, aku fed-up nak study last minute pada pagi itu.

Seperti biasa, tiba saja waktu perhimpunan datanglah pengawas a.k.a pengganas terkedek-kedek mai tutup lampu. Kebanyakan bawak buku kecik (buku nota kecik yg ada dlm buku rujukan tu). 

Aku? Lenggang kangkung je la. Aku keluar dari kelas membawa diriku yang kecik comel molek menuju ke tapak perhimpunan kecik di tepi dewan Syed Jan. 

Tetiba, BUDAK STAI yang juga menuju ke destinasi yang sama, menegur aku.

“weh, hang tak bawa buku ka?”

“dak!”

“owh. Orang terer.”

“owh..kalau orang tak pegang buku, kira terer la…”

Orang terer. Hmm. Sakit hati?  Mesti la sakit. Siapa dia nak kata macam tu kat aku! Lantak la aku nak baca buku ke tak pagi tu. Aku dah baca siap2 kat umah kot. Aku tau ayat dia tu ayat perli. Aku hanya mempunyai tahap kebijaksanaan yg sederhana sahaja. 

Kenapa aku panggil dia BUDAK STAI? 

Sejak dia kata “tamau ayat dalam BM. BM tak stai.”

p/s : Macam la BI dia PERFECT gila2. 

March 08, 2013 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ►  2018 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (4)
      • Cuti!!!
      • Khamis yang Gila!!!
      • Merentas Desa !!!
      • Budak Stai!!!
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose