• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira



Minggu ni, aku teramatlah emosional. Aku pon tak tau kenapa aku jadi macam tu. Tak pasal-pasal aku teriak dalam kelas hari isnin hari tu.

 Tiba-tiba ja. Aku pon confuse gak. Tapi nak buat macam mana. Dah rasa nak teriak. Satu sebab aku terasa dengan kawan-kawan aku. Satu lagi, depa pi tanya "awat? Fifi mintak putus ka?". Ceh. Bengong punya soalan. Aku yang sedia sedih teruih teriak. Malu la jugak. Aku yang selalunya tersengih bak kerang harum tiba-tiba karam di tengah lautan selepas rehat. Tapi macam biasa. Aku ni nangeh sat ja. Tak lama. Macam tu jugak kalau aku merajuk. Sat ja. Tak sampai 2 hari. Hari ni bebai, esok aku normal la balik. Hehehe. *Comel kan aku?* 

Pada hari yang sama jugak, aku kena stayback. Latihan rumah sukan dah start. Nak buat macam mana. Tapi, kebetulan hari tu jugak kami (kelas 5A) rancang nak pi melawat mangsa accident patah kaki, Adi. Kebetulan lagi, guru kelas aku, cikgu Shuhaida cikgu rumah raja muda. (rumah sukan aku la tu.) So, ada la can lari daripada latihan rumah sukan. Hohoho. 

Pukul 4, latihan start. Erm. Macam biasa. Kena lari satu padang. Pergh. Mengah kot. Lama tak exercise. Pastu, minggu ni kami dikhabarkan buat latihan lompat jauh dengan lontar peluru. Huh. Lega takyah lari lagi. Pi kat tempat lompat jauh. Aik? Kenapa tak lompat? Owh. Pasir takda. Padang tak siap lagi rupanya. HOREEE!!!! So, kami terus pi ke tempat lontar peluru. Masa tu, budak laki tengah guna. Takpa2. Take time. Hohoho. Masa terus berlalu. Owh! Dah pukul 5 rupanya. Masa yang dijanjikan untuk melawat budak patah kaki. Aku, Aimi dan Najwa pon blah la ikut cikgu. Hohoho. Tak sempat nak buat apa pon. Kami pergi solat dulu sebelum pi melawat. Naik kereta cikgu. Serius aku suka cikgu Shuhaida. SEMPOI GILER!!! Aku suka dengan slogan dia " BE MUSLIMAH IN YOUR WAY". Nanti aku cerita pasal cikgu ni. Berbalik pada cerita tadi, kami pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim diiringi Aqil ngan Aimi yang merempit di hadapan. Hahaha. Yang melambatkan kami ialah masa nak cari parking. Haish. Ramai gila orang yang sakit.Dapat ja tempat parking, kami pon terkedek-kedek jalan belakang cikgu. Sampai ja kat wad dia, kami masuk, salam dengan semua orang (yang mahram ja), sengih, tengok kaki Adi yang auwww. Mesti sakit tu. Dengar cerita, kaki dia masuk besi. Sakit!


Balik, terus tido. Krooh~krooh~krooh~~~

p/s: pikiaq 2 3 kali gak nak rempit kat jalan raya.
January 18, 2013 No comments

Baru ni, kawan aku follow aku dalam twitter (tekan sini kalau nak follow..hehe). Sori. Bukan kawan. Tapi BEKAS KAWAN!!! Kenapa? Sebab aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT sakit HATI dengan dia. Disebabkan dia follow aku, aku terus BLOCK dia. Dalam FB, aku dah UNFRIEND dia. Serius aku marah.

 Meh aku cerita kat hangpa semua...

Tersebutlah satu hari pada tahun 2010. Masa tu aku bergelar budak form 2. Budak-budak sekolah rendah ajak keluar. Reunion la kononnya. Masa tu jugak, aku kapel ngan salah sorang classmate sekolah rendah aku dulu. Tu yang teruja semacam nak pi REUNION tu. Bila dah pi, alahai! Ciputnya orang. Tapi aku tak kisah benda tu semua. Yang penting dapat bertemu kekasih hati tu. Yang merancang REUNION tu minah yang aku BLOCK tu la. Pastu, dia pi habaq kat mak dia yang aku yang rancang REUNION tu. Masa dia habaq kat aku tu, aku tak rasa apa2 la sebab aku ingat ok kot. Depa ajak aku pi tengok wayang segala bagai. Masa tu, aku taktau yang abah aku tak bagi aku tengok wayang. Balik2 rumah ja, terus kena SOUND. Pastu, esok pulak tak habeh lagi SOUND tu. Mak aku bagitau yang mak minah tu pi heboh kat sekolah (mak dia mengajaq kat sekolah yang sama ngan mak aku) yang aku yang rancang buat REUNION and ajak TENGOK WAYANG tu. WHAT THE? Aku speechless teruih. Taktau nak cakap apa. Sedih? Sapa tak sedih kalau dipersalahkan atas benda yang kita tak buat. Masa tu, memang aku menyesal gila ikut cakap kekasih hati aku. Yang kekasih hati aku tu, marah2 macam tu ja. Ceh. Suka hasut aku buat benda jahat. ALHAMDULILLAH AKU DAH PUTUS DENGAN MAMAT TU! Minah tu pulak, tak reti2 nak mintak maaf kat aku. Maybe dia ingat "ala..Mira je pun. Buat nak mintak maaf. Mira bukan marah pun.". Ni meh sini aku nak habaq  "AKU TAKKAN MAAFKAN ORANG SELAGI ORANG TU TAK MINTAK MAAF DENGAN AKU". Dulu, memang aku BODOH sebab ikut je cakap orang. Tapi sekarang, aku ada prinsip aku sendiri. 

p/s : Bila aku marah!!!
tapi takdala sampai nak koyak baju tu semua. ==''




January 05, 2013 No comments
 
2013. Bermakna aku dah bergelar SENIOR. Hahaha. Saja buat teruk. Ok. Macam biasa, tahun ni aku masih melekat dengan kawan-kawan aku. Siapa? Erm.. Haziqah , Farah , Sindusha , Dalia dan Aimi. Tapi sekarang, entah la. Farah ngan Iqah asyik kata aku dah macam takmau kawan dengan depa. Jujur aku cakap AKU KECIK HATI sikit. Tapi takkan nak gaduh pasal tu kot. Cukup-cukup la pasal kes HANTU dulu. Iqah ngan Farah selalu cakap aku sekarang lebih rapat dengan Aimi ngan Dalia. Aku tak pasti betul ke tak sebab aku rasa sama ja. Mungkin betul apa yang depa kata tu. SALAH aku. SALAH aku bila ada orang nak kawan rapat dengan aku. SALAH aku bila aku balik dengan orang lain. SALAH aku bila depa share something hanya dengan aku. SALAH aku! Ya! SALAH AKU! Maaf, aku tak SEMPURNA. Ada benda yang senang-senang ja boleh buat aku terasa. Ada benda yang senang ja aku buat derk. Aku! Hanya aku! Susah nak ubah diri aku yang TAKUT hantu. Susah nak ubah diri aku bila aku marah. Susah nak ubah diri aku. Apa-apapon, aku harap depa boleh terima diri aku seadanya. Kawan adalah kawan.


p/s :  Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri tambah-tambah kawan baik kita sendiri.

January 03, 2013 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ►  2018 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ▼  January (3)
      • Budak Patah Kaki!!!
      • Kawan Tak Guna!!!
      • 1st Week School 2013!!!
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose