• Home
  • Travel
  • Feelings
  • About
Powered by Blogger.

Amira

 
Bermula dengan rasminya pada 12hb Januari 2015, aku bergelar undergraduate student which means zaman foundation dah tamat! Hahaha. Tapi serius rasa sat gila masa berlalu. Tak sedar dah setahun aku dok kat UTP. 

Ingat lagi masa awal-awal masuk tu, masa Minggu Aluan Siswa (MAS), asyik kena marah ja malam-malam dengan facee disiplin. Tapi overall, abang-abang akak-akak semua baik-baik ja Biasa la. Senior buli junior. Macam tak biasa. Hahaha. 

One of facee disiplin. Molek joh bergambor. Pffftttt
Sem 1, moment paling best waktu English drama presentation. Salah satu assignment untuk course English la kira. Aku taktau kenapa tapi kepala hotak semua sengal-sengal belaka. At least, takda la hambar sangat. Aku pon awal-awal tu senyap sikit. Mana cakap sangat. Hahahaha. 

rehearsel la kira masa ni. 

lagi 2 orang takdok.

lelaki berambut palsu. *pffftttt*

serius aku sebagai pompuan sejati rasa tergugat tengok laki ni pakai tudung. 

*no caption*


Group tutorial English kami ni kira rapat la jugak dengan tutor Miss Hani. Ntah. Feeling macam ada kakak. 




Sem 2 pulak, apa eh? Hahahaha. Oh ya. Masa-masa ni la tak silap aku budak-budak pakat keluaq lepas dapat offer merata. Fi, Lol dengan Mun pon keluaq. Sedih la jugak. Walaupon aku kaki buli, rajin dok buli depa, kacau kerohanian hati depa, still depa kawan aku. Well, I can say best friends. 


tudung biru tu Fi

Wif Mun the ayamazzzzz
Kiri sekali tudung merah tu, Lol.
Sem 3 pulak, banyak benda best aku rasa. Hahahaha. Dengan dapat tutor English yang kepala angin ikot sedap hati masam manis dia ja, join event. As esaimen la kira untuk subjek Islamic Studies. Projek Down-To-Earth (DTE). Kami buat lawatan ke rumah anak yatim. Yeah. Sebak ekceli tengok depa. Kecik-kecik dah takda mak ayah. Kita yang alhamdulillah serba lengkap ni still tak reti-reti nak bersyukur dengan apa yang ada. 

 


 
Next, aku join Futsal. Haaa kau. Aku main kot. Hahaha. Niat sebenar main tu ekceli nak kuruskan badan. Malangnya, hmmm hmmmm. Hahahaha.




1st event aku join. Event Khemah Ibadah. Ekceli, aku saja ja join. Nak try bakat and yeah I met new friends, buddies or rather to be called as family. Human Resource Management and Welfare Department. Penat memang penat. Oih kau. Jaga budak-budak aman sekarang penat. Manjanya lebih. Mengadanya berlemak santan pulut. Aku ni bolehlah dikatogerikan sebagai kakak garang. Tapi aku garang bila aku rasa budak tu mengada ja. Kalau ok budak tu, aku ok. Tak garang. Sweet ja. Hiks.

Dalam department := 
  1. Abang Naim as HOD. Sempoi ja cara dia. Kami meeting pon dalam suka-suka. Siap makan choki-choki. Tu dia rajin belanja.
  2. Kak Amelia as AHOD. Jarang jumpa kak Lia dalam meeting. Ye la. Kak Lia cuti time tu. Siap jadi cikgu lagi. But still, sporting I guess.
  3. Abang Naqi. Abang paling sengal. Sumpah sengal. Suka hati dia ja. Hahahaha. Dah la dia jumpa blog ni. Siap baca. Cis. Stalker.
  4. Kak Nufa. Kak ni rock bebeh ja dengan aku. Aku pon kadang-kadang terlepas aku-hang dengan dia. 
  5. Kak Wani. Kak ni senyap sikit. Kadang aku perasan, kak Wani macam blurr sikit. Sumpah lawak a.k.a comel.
  6. Thinie. Ni budak May 14. Sebaya tapi junior aku. Peduli apa aku. Junior tetap junior. Hahaha. 
  7. Indah. Budak BIS. Sekelas la jugak kira. Jahat jugak dia ni dalam baik tu.
  8. Bali. Penuh memori phone dengan gambaq selfie dia. Igers tegar. Gedik. Hahahaha. 
  9. Datok. Aku ingatkan dia baik selama ni. Senyap ja. Rupanya jahat dalam diam. kaki spam dalam group whatsapp. Selalu anjing aku ngn thinie tapi rasa macam aku kena teruk lagi. *cis* 





Setiap sem ada ja masalah yang timbul. Yang pelik-pelik. Yang pening-pening. Alah. Masa register course ni pon banyak kepeningan yang melanda. But honestly, semua tu pengalaman hidup. Kenangan yang pahit manis yang boleh la jugak aku berlipur lara kat cucu-cicit aku nanti. 

p/s: esok kelas pukul 8. Urghhhh


January 12, 2015 No comments
 
Dah genap seminggu dah dalam kalender 2015. Serius tak sedaq, sekejap ja dah masuk tahun baru. Langsung tak rasa feeling tahun tukaq-tukaq. Aku pon taktau pasai pa. Hahahaha. 


Ok. Selalunya, bila masuk tahun baru ni, orang akan tanya 
"Apa azam hang tahun ni?"
To be honest *eceeewah, speaking london uolls* ,  azam aku akan menjadi separuh jalan. Ada ja yang tercapai, ada yang hampeh. Hahaha.

Azam aku yang paling GRAND sekali , nak diet, kurus.Sebelum tu, just nak clarify, aku ni takda la gemuk mana tapi kira ada la jugak lemak-lemak tepu tak tertepis kat certain part especially paha dengan bontot. Hahaha. Aku cakap kat rumet aku, "AKU NAK DIET, TAKNAK MAKAN MALAM". Rumet aku gelak then kata "Aku nak tengok sampai bila diet kau tu tahan". Hasilnya, sehari ja aku diet. Tak tahan kot. Macam sedap ja kawan- kawan aku dinner. Tergugat nafsu aku. Hahaha. Naseb bulan puasa aku boleh tahan. Takda la merengek lapaq ka apa. Tu melampau tu. Dah besaq, tak reti-reti tahan puasa. Naseb la perut aku ni faham bahasa. So, azam ni hanya tahan sehari ja.

So, untuk tahun ni, aku akan sadokan seluruh jiwa dan raga untuk :

1. Make sure berat tak lebih 50kg. Current berat aku sekarang 46kg. Aku ada la jugak pikir-pikir nak turunkan berat aku lagi 3kg. Hahahaha. How I wish I could. Benda ni tak mustahil tapi ye la nafsu makan aku ni dahsyat sikit. Tak padan dengan badan kecik.

2. Nak tukaq imej. Aku nak jadi ala-ala feminin sikit. Pakai kain, baju kurung. Hahahaha. Aku nih cukup malas nak berkain sebab dari kecik dibiasakan dengan seluaq. Kecik-kecik dulu, aku mana pakai sangat skirt-skirt ni. Aku lebih prefer pakai tshirt, jeans, selipar dan kadang-kadang pakai cap. Sampai ke besaq, aku terbawak-bawak imej ni. Naseb tak taram pakai cap ja. Hahahaha.

3. Be a writer. Ni ekceli impian aku dari kecik. Honestly, aku suka menulis. Apa-apa ja. Aku ni spesis kuat berangan. Memandangkan aku tak dikurniakan bakat semula jadi flora dan fauna untuk melukis so, aku transfer segala angan-angan aku dengan menulis. Tapi, hmmmm. Pi mana taktau kertas-kertas tu semua. Hahahaha. Angan-angan budak-budak. Dah la dulu aku addicted gila dengan cerita superhero tu semua such as Ultraman, Power Rangers dan yang sewaktu dengannya.
January 07, 2015 No comments
 
Wuhuuuuuuuuu!  Dah lama tak merapu. Well. Dah nak dekat 3 minggu cuti berlalu. Sumpah tak puas. Ekceli, tak pernah rasa puas. Hahaha. 

Apa yang aku buat sepanjang cuti?

Jalan-jalan la. Apa lagi. Cuti sekolah kan. Hahaha. Tapi tak lama pon. Sat-sat ja. 

Kuala Nerang(kampung) >> Pulau Aman >> Parit Buntar(kampung) >> Queensbay >> Bayan Lepas

Btw, simpati gak kat member-member aku yg kat Kelantan Terengganu yang banjir tu. Tabah eh geng. Aku tau hangpa sado.  

p/s : serius blurrr nak tulis apa-apa
January 05, 2015 No comments
 

Yo! Kpoppers. Kawan-kawan aku ramai ja yang Kpoppers. Dari sekolah menengah sampai la ke zaman U ni. Cik abang aku pon kaki KPOP jugak. *sigh*  

Meskipun aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang gila KPOP tapi setakat ni aku tak terjebak sangat. Sikit tu ada la. Aku dah start layan Running Man and drama korea. Tapi layan gitu-gitu je la. Boleh la setakat nak teman budak-budak KPOP ni layan drama.

Antara kawan rapat aku yang terjebak :=

  1. NORHAZIQAH BT MOHD KHADRI
    - si penghasut dengaq lagu-lagu kpop. sebab dia, aku terminat lagu Bigbang secara serius.
    - minat gila nak mati kat Lee Min Ho, Rain, Taeyang *tak sure betol ka tak*
    - akan bukak cerita pasai Running Man dengan Eim ngan Dalia. Aku dengaq ja takpon tidoq.
  2. RABIATUL ADAWIYAH BT MOHD ROOSLI
    -setiap kali waktu free, dia akan cerita drama-drama korea yang dia tengok. PRECISELY.
  3. DALIA LIYANA BT ABD JAMIL
    - dia ni minat Super Junior tak silap aku.
    - akan join Iqah sembang pasal Running Man.
  4. UMMUL NADZIRAH
    - ni sumpah GILA KPOP. Hahaha.
    - dimulakan dengan tarian Kpop belakang kelas, pastu lagu, pastu bahasa korea.
  5. SITI NADZIRAH BT KHAIRUDDIN
    - tak habes-habes dengan EXO dia.
    - masa aku ngan rumet p tidoq rumah dia pon, seharian drama korea ja kat TV tu.
    - parent dia pon suka tengok drama korea.
  6. SHAMSUL NUR ERZLIN BT SAMSUDIN
    - tak hardcore sangat tapi boleh la.
    - bila bukak topik pasal korea *orang lain, bukan aku* dia antara yang agak bersemangat.
    - dia minat BEAST tak silap aku
    - pakwe dia pon minat BEAST. Hahahaha
  7. NUR FIRAZ BT MUSTAFA
    - Running Man , We Got Married tu memang bidang dia
    - dengaq cerita , dia minta L Infinite tu. *tak silap aku la*
    - pernah kata "Kalau L tu jadi tokwan, aku sanggup jadi nenek"
#AWAS #VirusKpopMasihMenular


November 25, 2014 No comments

 
Fuh! Fuh! Lama gila tak menghapdet blog ni. Hahahaha. Sem ni sibukssss gilossss bebessshhhh. *ayat ni dilarang penggunaannya dalam kertas exam ye adik-adik*
Ok la. Sebagai pembuka semangat nak memeriahkan blog ni, aku nak cerita la pasal event Sport Carnival yang aku masuk ermm kira 2 minggu lepas la. (15hb November 2014). Sport Carnival kot. Dah nama dia SPORT , dah terang-terang la yang event ni kaitan dengan sukan. Hahaha. Sukan kot. Benda yang paling aku nak elak gila masa zaman sekolah dulu. Pantang hari Sukan ja, mula la hilang. Koku pon malas nak pegi. 
Tapi tu semua cerita dulu la. Aku masuk Sport Carnival ni just nak seronok-seronok ja. Lagipon boleh dapat kawan baru ye dok? 
Aku amek bahagian dalam futsal. Ha kau. FUTSAL tu. Hahaha. Sejujurnya , benda-benda bola ni aku tak minat sangat. Senang cerita, aku tak suka berkejaq and berebut bola. So, bila masuk game ni, aku awal-awal lagi cop bahagian defence. 
Tak silap aku, kami training 3 hari ja. Tu pon hari 1st training spoil gila. Spoil pon bukan sebab apa. Sebab court yang kami p main tu court V1. Memang petang-petang, abang-abang senior dok main futsal gak kat situ. Kami bajet macam main la separuh-separuh. Depa amek port sana, kami amek port sini. Tapi last-last, depa macam usha gila kami main sampai kami semua rasa tak berapa nak selesa. So, Alynn pon ajak balik. Masa kami nak balik, depa tepok tangan. Cis! Kuajo! Dengan pompuan pon takleh mengalah. 


On the next day, kami main kat court V5. Ekceli, aku ngn rumet tak pegi sebab ada talk apa ntah tapi masuk exam. So, alang-alang rajin, pegi je la. 

Masuk hari ketiga praktis, perasaan aku atau main waktu malam ni memang best. Takda la rasa panas sangat walaupun peluh meleleh-leleh. Masa ni, budak CE nak join main sekali tak silap aku. Pergh. Kasaq gila depa main. Habeh kaki aku disepaknya sekali. Hahahaha.

Hari keempat praktis, haaa kau. Semua pakat terer-terer dah main. Hahahaha. Takda la terer mana tapi setakat tendang masuk gol tu , kira ok la.  

Masuk hari lawan, 1st game budak CIS Group B lawan dengan budak PE kot tak silap aku. Perghhh. Dah la aku ni kecik molek ja, ditolak-tolaknya aku. Hahaha. Tapi ni pendek bukan sebarang pendek. Ni pendek pantang dicabaq. Hahaha. *acah2*. Tapi kesimpulannya, kami menang la. Menang kat penalti. Alhamdulillah la kira. Hahaha. Pastu, game sambung balik petang nanti. Next game, CIS group A kalah. Lawan dengan budak mechy tak silap aku. Sumpah dasyat. Takut pulak aku time tu. 

Petang tu, lepak2 bilik Bai, pastu turun la court dengan muka ngantuk. Hahaha. Yang pasti, aku tak main la petang tu. Depa import Ayunni. Defence paling kebal. Hahaha.

Last2, kami kalah main dengan budak mechy. Ceit. Hahaha. btw, serius nice game. Tu kira 4 hari ja training. Kalau sebulan training, dah juara dah tu. Hahaha. 

Macam yang cakap awai-awai tadi, masuk benda-benda macam ni boleh dapat kawan baru. Hahaha. Memang dapat. Tapi hai hai centu je la. Aku jumpa budak buddyz time orentasi dulu. Sumpah aku tak ingat langsung muka dia. Hahaha. Naseb dia ingat aku. Hahaha. Terasa bangga di situ bila orang ingat aku. Awwww. 

 
CIS JAN 14 ! 
UH AH OYEH !
 UH AH OYEH !
 CIS NO 1 !
CIS NO 1 !
 HU HA!

Tu cheers kami. Hahaha. Kak Mijah buat. Memang bising gila kami masa tu. Rasanya yang paling bising. Hahaha. *yg tgh tu coach utk hr tu*


November 25, 2014 No comments
Newer Posts
Older Posts

Nur Amira Izzaty Azhar

Nur Amira Izzaty Azhar

Follow Me

Blog Archive

  • ▼  2018 (10)
    • ▼  August (1)
      • Masih Hidup
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (35)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (18)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (13)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)

Created with by ThemeXpose